Tuesday, June 26, 2012

HEBAHAN PROGRAM MESRA MUAR


PROGRAM MESRA RAKYAT (MESRA)
DI MUAR, JOHOR

Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Pengaduan Awam, Negeri Johor akan mengadakan Program Mesra Rakyat (MESRA)  seperti berikut :

TARIKH     :         29 Jun 2012 (Jumaat)
MASA        :         8.00 pagi – 12.00 tengahari
TEMPAT   :         Dewan Jubli Intan, Jalan Temenggong Ahmad,
Muar, Johor

Program MESRA Rakyat merupakan salah satu program proaktif BPA yang memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan khidmat nasihat, membuat aduan dan memberi maklum balas terhadap BPA serta  agensi-agensi kerajaan di samping merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat.

Orang ramai adalah dijemput hadir ke program tersebut. 

Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi En. Marshall Theagarajah a/l S.J. Rajaiah (Tel: 07-2230900 atau Emel : marshall@pcb.gov.my)


BIRO PENGADUAN AWAM
JABATAN PERDANA MENTERI

No comments:

Post a Comment