Perjumpaan ini mewujudkan jalinan kerjasama yang baik bagi kedua-dua belah pihak untuk lebih bekerjasama di masa depan |
Senior Manager National Consumer Complaints Centre, Puan Matheevani Marathandan menerima cenderahati dari pihak BPA |
PERJUMPAAN PENGARAH BPA WPKL DENGAN
WAKIL-WAKIL PERSATUAN PENGGUNA SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN, NATIONAL
CONSUMER COMPLAINTS CENTRE, FEDERATION OF MALAYSIAN CONSUMERS ASSOCIATIONS DAN
EDUCATION AND RESEARCH ASSOCIATION FOR CONSUMERS, MALAYSIA
Satu sesi
perjumpaan telah diadakan pada 7 Jun 2012 antara Pengarah BPA WPKL dengan
Presiden Persatuan Pengguna Selangor dan Wilayah Persekutuan, En. Mohd Yusof
Abd Rahman, Senior Manager National Consumer
Complaints Centre, Puan Matheevani Marathandan, Senior Manager Federation of
Malaysian Consumers Associations, Puan Siti Rahayu Zakaria dan Setiausaha Agung
Education & Research Association for Consumers Malaysia, Encik Ravin
Karnanidhi. Perjumpaan yang bertempat di Pejabat Biro Pengaduan Awam WPKL ini turut
dihadiri oleh pegawai dan staf BPA WPKL. Engagement
ini adalah bertujuan menjalinkan hubungan akrab serta menyelesaikan
aduan kepenggunaan.
Satu persetujuan
telah dicapai di mana aduan - aduan yang diterima akan terus ditujukan kepada
agensi-agensi kerajaan berkenaan dan jika terdapat masalah barulah kes-kes
aduan ini dirujukkan kepada BPA WPKL jika ia berlaku di Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment