Tuesday, June 26, 2012

KEJOHANAN DRAGON BOAT JPM 2012

Barisan peserta Dragon Boat BPA telah menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang menjayakan acara tersebut.




Pasukan wanita BPA memulakan cabaran.


 KEJOHANAN DRAGON BOAT JPM 2012
Kejohanan Dragon Boat JPM 2012  telah diadakan pada 23 hingga 24 Jun 2012 bertempat di Kompleks Sukan Air, Presint 6, Putrajaya bersempena dengan sambutan Hari Keluarga JPM 2012. Kejohanan ini yang dianjurkan oleh Kelab Bukit Perdana telah dibahagikan kepada 3 kategori iaitu pasukan lelaki, wanita dan campuran. BPA turut menyertai kejohanan ini dan telah menghantar pasukan untuk ketiga-tiga kategori yang dipertandingkan.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada pasukan BPA dan juga wakil dari Wilayah dan Selangor yang telah merealisasikan hasrat BPA untuk menyertai kejohanan ini.  Tahniah diucapkan pada pasukan wanita yang terus keperingkat akhir kejohanan walaupun gagal menamatkan saringan. Ini jelas menunjukkan semangat berpasukan tetap diutamakan dalam kejohanan ini. Biro Sukan mengucapkan terima kasih kepada Kelab Kebajikan dan Sukan BPA yang banyak menyumbang dari semua segi bagi membolehkan BPA menyertai kejohanan ini. Terima kasih juga pada Puan Rogayah bt A.Bakar Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) atas kesudian beliau meluangkan masa menghadiri kejohanan ini dan memberikan kata semangat pada para peserta sepanjang kejohanan. 
Majlis penutup kejohanan ini telah disempurnakan oleh YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Keputusan keseluruhan kejohanan kategori lelaki dimenangi oleh Maritim Malaysia, kategori Perempuan dimenangi oleh SPA dan kategori campuran juga dimenangi oleh SPA.

No comments:

Post a Comment