Tuesday, August 27, 2013

Program MESRA Rakyat Daerah Keningau

Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Sabah akan mengadakan Program MESRA Rakyat Daerah Keningau seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 5 September 2013 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari
Tempat : Dewan Masyarakat Keningau, Sabah

Program MESRA Rakyat ini merupakan salah satu program proaktif BPA yang memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan khidmat nasihat, membuat aduan dan memberi maklum balas terhadap BPA serta agensi-agensi kerajaan di samping merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat.

Orang ramai dijemput hadir. Sebarang pertanyaan mengenai program ini, boleh hubungi pejabat BPA Sabah di talian 088-280300

Program KABB di Jajahan Pasir Mas, Kelantan

Biro Pengaduan Awam Negeri Terengganu/Kelantan akan mengadakan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) di Jajahan Pasir Mas seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 29 Ogos 2013 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat : Berhadapan Pasaraya Mydin Rantau Panjang, Kelantan


Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) merupakan salah satu program proaktif BPA yang memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan khidmat nasihat, membuat aduan dan memberi maklum balas terhadap BPA serta agensi-agensi kerajaan di samping merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat.

Orang ramai dijemput hadir. Sebarang pertanyaan mengenai program ini boleh hubungi pejabat BPA Negeri Terengganu/Kelantan ditalian 09-6238135.

Monday, August 19, 2013

Program MESRA Rakyat Bahagian Miri, Sarawak



Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Pengaduan Awam Negeri Sarawak akan mengadakan Program MESRA Rakyat seperti berikut :

 

TARIKH     : 24 Ogos 2013 (Sabtu)

MASA         : 9.00 pagi – 1.00 petang

TEMPAT     : Dewan Masyarakat Batu Niah, Daerah Subis,   

  Miri, Sarawak

 

Program MESRA Rakyat ini merupakan salah satu program proaktif BPA yang memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan khidmat nasihat, membuat aduan dan memberi maklum balas terhadap BPA serta agensi-agensi kerajaan di samping merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat.

 

Orang ramai adalah dijemput hadir ke program tersebut. Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Puan Biti anak Anggot di talian 082-415004 atau emel ke biti@pcb.gov.my.

Monday, August 5, 2013

PROGRAM KABB TERJAH KEMAMAN


KEMAMAN- 4 Julai 2013- Program Kaunter Aduan Bergerak (KABB) Kemaman telah diadakan pada 4 Julai 2013 (Khamis) bertempat di tapak Medan Selera, berhadapan Bangunan TNB, Kemaman, Terengganu. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Puan Anis Rizana binti Mohd Zainudin, Timbalan Ketua Pengarah (Aduan), Biro Pengaduan Awam, Putrajaya. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah Korporat dan Perhubungan Awam, Majlis Perbandaran Kemaman, Encik Abdul Hadi bin Wahab.

Program ini merupakan kerjasama Biro Pengaduan Awam Negeri Terengganu/Kelantan, dengan kerjasama Pejabat Tanah Kemaman. KABB kali ini melibatkan sebanyak 13 agensi Persekutuan, Negeri dan Badan-badan berkanun yang telah membuka kaunter masing-masing.

Selain perkhidmatan kuanter, agensi-agensi juga telah menyediakan perkhidmatan seperti pemeriksaan kesihatan percuma, pembayaran cukai tanah dan semakan senarai hitam oleh agensi yang terlibat.
Program yang bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari ini telah dihadiri oleh 70 orang tempatan dan sebanyak 20 kes aduan telah direkodkan sepanjang program berlangsung.





Program KABB BPA Di Jerantut Dapat Sambutan Menggalakkan


JERANTUT, 19 Jun (Bernama) -- Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) anjuran Biro Pengaduan Awam (BPA) Pahang yang berlangsung di Dataran Majlis Daerah Jerantut hari ini mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran kira-kira 500 pengunjung.

Penolong Pengarah BPA Pahang, Rosnani Ismail berkata sejumlah 20 kaunter yang mewakili pelbagai jabatan dan agensi kerajaan menyertai program itu, antaranya Tenaga Nasional Berhad, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Pejabat Tanah dan Daerah Jerantut serta Jabatan Pendaftaran Negara Pahang.

"Program KABB ini merupakan satu daripada program proaktif BPA bagi memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan khidmat nasihat, membuat aduan dan memberi maklum balas terhadap BPA serta agensi kerajaan," katanya kepada Bernama.

Menurutnya program itu kali pertama diadakan di daerah ini dan sambutannya di luar jangkaan walaupun dijalankan pada waktu bekerja iaitu dari 8.30 pagi hingga 2 petang.

Katanya aduan yang diterima daripada orang ramai di setiap kaunter akan dikumpulkan selepas program itu berakhir petang ini dan diteliti satu persatu sebelum sebarang tindakan diambil.

"Aduan yang boleh kita selesaikan di kaunter seperti memberikan khidmat nasihat dan sebagainya kita selesaikan hari ini juga, manakala aduan lain akan kita teliti dan perincikan," katanya.

Program Mesra Rakyat Daerah Hulu Perak Jadi Medan Luahan Masalah Rakyat

HULU PERAK, 22 Jun 2013 – Biro Pengaduan Awam Negeri Perak telah menganjurkan Program Mesra Rakyat (MESRA) di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Gerik mulai jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Perak bertujuan memberikan ruang kepada penduduk tempatan untuk berinteraksi secara terus dan telus dengan Ketua-ketua Jabatan kerajaan dalam program berkenaan.
 
Turut dianjurkan, Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) di perkarangan luar Dewan Serbaguna tersebut sebagai peluang kepada mereka yang tidak berkesempatan bertanya soalan semasa Majlis Sesi Dialog untuk membuat aduan terus kepada jabatan/ agensi yang membuka kaunter. Ia juga membolehkan pengunjung mendapatkan maklumat lanjut berkenaan peranan dan perkhidmatan yang disediakan jabatan/ agensi tersebut.
 
Program ini telah dirasmikan oleh YB Ahli Parlimen Gerik, Dato’ Haji Hasbullah Bin Osman. Seramai 20 orang Ketua Jabatan telah hadir sebagai Ahli Panel untuk Majlis Sesi Dialog dan sebanyak 28 Jabatan/Agensi Persekutuan, Kerajaan Negeri serta swasta telah turut serta dalam pembukaan Kaunter Aduan dan Pameran.
 
Program MESRA ini telah berjaya menarik hampir 280 orang pengunjung yang terdiri daripada wakil-wakil agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, wakil-wakil Badan Bukan Kerajaan serta orang awam.
 
Majlis Sesi Dialog telah mendapat sambutan hangat dari pengunjung yang hadir, di mana sebanyak 28 soalan telah diajukan kepada Ahli Panel sepanjang tempoh dua jam Sesi Dialog ini berlangsung (10.30 pagi – 12.30 tengah hari). Program KABB pula telah merekodkan sebanyak 19 kes Aduan dari orang awam dan 2 kes Khidmat Nasihat. Petugas kaunter juga dilihat bersungguh-sungguh menghias kaunter jabatan masing-masing bagi merebut Anugerah Kaunter Aduan dan Pameran Terbaik yang menjadi acara wajib setiap kali BPA Negeri Perak menganjurkan Program KABB. Bagi Anugerah Kaunter Aduan dan Pameran Terbaik ini, tempat pertama telah dimenangi oleh Majlis Daerah Gerik, diikuti Lembaga Air Perak manakala tempat ketiga jatuh kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Perak.
 
Walau pun Program MESRA memberi fokus kepada penerimaan aduan semasa Majlis Sesi Dialog dan KABB pula memberi fokus kepada penerimaan aduan di kaunter, namun terdapat juga beberapa aktiviti sampingan lain yang diadakan bagi menarik perhatian pengunjung. Antaranya adalah Kempen Derma Darah oleh Unit Tabung Darah Hospital Gerik, Pemeriksaan Kesihatan Percuma oleh Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Perak, Pendaftaran Sukarelawan Askar Wataniah oleh Rejimen Askar Wataniah Kem 503 dan Pertandingan Kuiz di mana soalannya berkisar tentang Daerah Hulu Perak. Sebanyak 10 hadiah telah disediakan untuk pertandingan Kuiz berkenaan, di mana hadiah tersebut ditaja oleh Kelab Pejabat Tanah dan Daerah (PETANDA).


 
 

Friday, August 2, 2013

8 Jun 2013 - Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) Di Port Dickson

PORT DICKSON, 8 JUN 2013 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Melaka/Negeri Sembilan telah mengadakan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) di Tempat Parkir Giant Superstore Lukut. Program ini adalah anjuran bersama BPA Melaka/Negeri Sembilan Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson, Majlis Perbandaran Port Dickson dan Giant Superstore Lukut. Program ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Tun Hairudin Bin Abu Bakar, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan dan Kepenggunaan Negeri Sembilan.
Sebanyak 27kaunter yang mewakili pelbagai jabatan dan agensi kerajaan telah menyertai program ini. Antara agensi yang terlibat adalah Pejabat Daerah & Tanah Port Dickson, Majlis Perbandaran Port Dickson, Jabatan Kerja Raya Daerah Port Dickson dan Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Port Dickson. Selain menerima aduan, program KABB ini turut menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada para pengunjung seperti khidmat nasihat dan pameran pendedahan informasi mengenai jabatan dan agensi yang terlibat.
Seramai 100 orang pengunjung telah menghadiri program ini dan sebanyak 33 Aduan telah direkodkan sepanjang program berlangsung.Kebanyakan pengunjung berpuas hati dengan program yang dianjurkan dan berharap agar program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.