Thursday, January 9, 2014

Saluran Aduan Di 300 Pejabat Pos dan Pos Mini Terpilih


YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri telah merasmikan Majlis Pelancaran Borang Aduan BPA Di Pos Malaysia bertempat di Blok B1, Kompleks JPM pada 17 Disember 2013.

Kerjasama strategik BPA bersama Pos Malaysia ini merupakan inisiatif bagi memastikan tiada golongan yang terpinggir, dengan membekalkan borang aduan ke 300 Pejabat Pos Luar Bandar dan Pos Mini yang terpilih.

YB Menteri dalam ucapan pelancarannya telah mengucapkan tahniah kepada BPA dan Pos Malaysia yang telah berjaya merealisasikan kerjasama strategik berteraskan budaya National Blue Ocean Strategy (NBOS) ini.

Kini orang ramai khususnya di lokasi 300 Pejabat Pos dan Pos Mini yang terpilih boleh menyalurkan aduan melalui borang aduan BPA tanpa bayaran setem. Senarai lokasi 300 Pejabat Pos dan Pos Mini yang terpilih boleh didapati menerusi url
http://www.pcb.gov.my/bm/component/content/article/14-data/507-senarai-300-cwg-pos.