Wednesday, March 14, 2012

Program Mesra Rakyat Daerah Kinta, Perak

Program Mesra Rakyat Daerah Kinta, Perak telah diadakan pada 13 Mac 2012 di Arena Square, Batu Gajah, Perak.
YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah (Ketua Pengarah, BPA) dan YBhg. Dato' Haji Jamry dan Haji Sury (Pegawai Daerah dan Tanah Kinta) mengadakan perbincangan sebelum program bermula.

Encik Wan Zulkiffeli ( Pengarah BPA Perak) dan YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah (Ketua Pengarah, BPA) menyambut kedatangan YBhg. Dato' Haji Razali bin Othman (Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak).

YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah memberikan ucapan alu-aluan.

YBhg. Dato' Haji Razali bin Othman merasmikan Program Mesra Rakyat Daerah Kinta, Perak yang dianjurkan oleh BPA Perak.

YBhg. Dato' Haji Razali bin Othman telah mempengerusikan sesi dialog semasa Program Mesra Rakyat Daerah Kinta.
Penduduk setempat telah membangkitkan isu yang tersiar di surat khabar semasa sesi dialog Program Mesra Rakyat.

Ahli-ahli panel sesi dialog terdiri daripada ketua-ketua jabatan / agensi di Daerah Kinta.

Ketua Kampung di Daerah Kinta telah mengemukakan aduan kepada ahli panel dan maklum balas telah diberikan dengan serta-merta oleh jabatan / agensi yang berkenaan.

YBhg. Dato' Haji Razali bin Othman telah menyampaikan sijil penghargaan kepada ketua-ketua jabatan / agensi yang telah menyertai program kali ini.

YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah menyampaikan cenderamata kepada YBhg. Dato' Haji Razali bin Othman

YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah menyampaikan surat penghargaan kepada YBhg. Dato' Haji Jamry bin Haji Sury.

YBhg. Dato' Dr. Tam dan YBhg. Dato' Haji Jamry bin Haji Sury mengiringi YBhg. Dato' Haji Razali bin Othman mengunjungi ke kaunter-kaunter jabatan / agensi.

Sesi bergambaran bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kinta yang memenangi tempat pertama kaunter terbaik.
 


Program KABB Pitas

Program KABB Pitas telah dianjurkan oleh BPA Sabah pada 10 Mac 2012.
Orang ramai mendaftar di Kaunter BPA.
Hospital Pitas turut serati program KABB Pitas dan membuka kaunter untuk memberikan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk setempat.


Encik Azlan bin Man (Timbalan Ketua Pengarah (Aduan), BPA), Encik Sapdin Ibrahim (Pegawai Daerah Pitas) dan Encik Georgie Abas (Pengarah BPA Sabah) menyambut kedatangan YB. Datuk Bolkiah Haji Ismail (Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah).
Encik Sapdin Ibrahim (Pegawai Daerah Pitas) memberikan ucapan semasa Program KABB Pitas.

Encik Azlan bin Man (Timbalan Ketua Pengarah (Aduan), BPA) memberikan ucapan alu-aluan.


YB. Datuk Bolkiah Haji Ismail (Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah) merasmikan Program KABB Pitas.

YB. Datuk Bolkiah Haji Ismail (Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah) menerima cenderamata daripada Encik Azlan bin Man.

Encik Azlan bin Man menyampaikan cenderamata kepada Encik Sapdin Ibrahim.

YB. Datuk Bolkiah Haji Ismail menandatangani buku pelawat BPA Sabah.

Encik Azlan bin Man, Encik Sapdin Ibrahim dan Encik Georgie abas mengiringi YB. Datuk Bolkiah Haji Ismail melawat ke kaunter-kaunter jabatan / agensi.

Kenderaan Jabatan BPA menerima perkhidmatan pemeriksaan gas CFC kenderaan yang diberikan oleh Jabatan Alam Sekitar semasa program KABB Pitas.



Thursday, March 1, 2012

Program KABB Langkawi


Program KABB Langkawi telah diadakan pada 29 February 2012 (Selasa) oleh BPA Pulau Pinang / Kedah / Perlis dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).
Program KABB ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Khalid Ramli iaitu Ketua Pegawai Eksekutif LADA.

YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah turut memberi ucapan alu-aluan semasa Program KABB Langkawi.

Selepas Program KABB Langkawi dirasmikan YBhg. Tan Sri Khalid Ramli dan YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah telah melawat ke kaunter-kaunter jabatan / agensi yang turut sertai dalam program ini.

YBhg. Tan Sri Khalid Ramli telah tertarik kepada pameran Jabatan Kerja Raya.

YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah, Ketua Pengarah BPA ditemuramah oleh media semasa Program KABB Langkawi.

Lawatan Amalan 5S ke MOSTI

BPA telah mengadakan Lawatan Amalan 5S ke MOSTI pada 29 February 2012 (Selasa). Lawatan Delegasi telah diketuai oleh Encik Wan Ali Wan Husin, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan BPA.
Encik Akmal Ariff bin Zainol Ariff, Setiausaha Bahagian Pentadbiran MOSTI telah memberi taklimat mengenai amalan 5S kepada pihak kami pada lawatan kali ini.

Pegawai MOSTI telah memberi penerangan kepada pihak kami mengenai proses melaksanakan amalan 5S.

Delegasi BPA telah melawat ke sudut 5S di salah satu unit MOSTI.

Encik Mohd Asri bin Mohamed (Ketua Penolong Pengarah Kanan) telah menyampai cenderamata kepada Setiausaha Bahagian Pentadbiran MOSTI sebagai tanda terima kasih dan penghargaan.