Wednesday, October 23, 2013

PROGRAM MESRA RAKYAT DAERAH BERA

YB Dato' Seri Muhammad Safian Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang telah merasmikan Program MESRA Rakyat Daerah Bera yang telah diadakan pada 22 Oktober 2013. Program ini diadakan di Dewan Besar, Kompleks Rakan Muda Bera dan turut dihadiri oleh Ketua Pengarah BPA, Dato' Mahani Tan Abdullah dan Pegawai Daerah Bera, Dato' A. Rahman Hamzah. Program ini telah berjaya menarik 550 orang pengunjung yang terdiri daripada penjawat awam, pemimpin masyarakat serta warga Bera. Satu sesi perkongsian pendapat telah diadakan sejurus selepas selesai majlis perasmian. Seramai 8 orang pengadu telah tampil membuat aduan dan sebanyak 18 aduan dan 1 cadangan telah dikemukakan sepanjang sesi perkongsian pendapat diadakan.

 

















Friday, October 18, 2013

Program MESRA Rakyat Daerah Bera

Biro Pengaduan Awam Negeri Pahang akan mengadakan program MESRA Rakyat Daerah Bera seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 22 Oktober 2013 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Dewan Besar, Kompleks Rakan Muda, Bera, Pahang


Program MESRA RAKYAT adalah program proaktif yang dianjurkan oleh BPA dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan dan Setiausaha Kerajaan Negeri yang memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan khidmat nasihat, membuat aduan dan memberi maklum balas terhadap BPA serta agensi-agensi kerajaan di samping merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat. Program ini bukan sahaja melibatkan kaunter BPA malah turut melibatkan pelbagai kaunter dari jabatan kerajaan Persekutuan dan Negeri yang lain. Program ini adalah terbuka untuk orang ramai.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi Puan Halizah binti Osman atau Puan Rosnani binti Ismail di talian 09-512 4129.
 
 

 

KABB Shah Alam

Biro Pengaduan Awam Negeri Selangor akan mengadakan program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 19 dan 20 Oktober 2013 (Sabtu dan Ahad)
Masa : 9.00 pagi hingga 10.00 malam
Tempat : Ruang Legar Kompleks PKNS Shah Alam

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai membuat aduan secara
bersemuka dengan jabatan dan agensi kerajaan. Program ini juga merupakan mekanisme terbaik dalam usaha membina hubungan baik antara kerajaan dan rakyat. Sehubungan dengan itu, orang ramai dijemput hadir ke program ini.

Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Encik Paramjothy a/l Muthuvelu di talian 03-5513 3777 atau emel ke paramjothy@pcb.gov.my.

KABB Bahagian Sibu

Biro Pengaduan Awam Negeri Sarawak akan mengadakan program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) Bahagian Sibu seperti ketetapan berikut:

Tarikh  :  19 Oktober 2013 (Sabtu)
Masa  :  8.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat  :  Dewan Serbaguna Sibujaya, Sibu Sarawak


Program ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai membuat aduan secara bersemuka dengan jabatan dan agensi kerajaan. Program ini juga merupakan mekanisme terbaik dalam usaha membina hubungan baik antara kerajaan dan rakyat. Sehubungan dengan itu, orang ramai dijemput hadir ke program ini.

Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi
 
Puan Biti anak Anggot ditalian 082-415 004 atau emel ke biti@pcb.gov.my.



 


Tuesday, October 8, 2013

Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) Daerah Gombak


 
Sukacita dimaklumkan bahawa BPA Selangor akan mengadakan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) Daerah Gombak seperti ketetapan berikut :

 
TARIKH     :        12 Oktober 2013 (Sabtu)
MASA        :        7.30 pagi hingga 1.00 petang
TEMPAT    :       Kompleks Muhibbah, Taman Bolton, Batu Caves, Gombak
                  

Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) merupakan salah satu program proaktif BPA yang memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan khidmat nasihat, membuat aduan dan memberi maklum balas terhadap BPA serta  agensi-agensi kerajaan di samping merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat.

Orang ramai adalah dijemput hadir ke program tersebut. Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Encik Paramjothy a/l Muthuvelu di talian 03-5513 3777 atau e-mel ke paramjothy@pcb.gov.my.


Sekian, terima kasih.
 
Unit Komunikasi Korporat
Biro Pengaduan Awam