Tuesday, June 18, 2013

Program KABB Seremban


Sukacita dimaklumkan bahawa BPA Melaka/Negeri Sembilan akan mengadakan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) seperti ketetapan berikut :

TARIKH     :        23 Jun 2013 (Ahad)

MASA        :        8.00 pagi hingga 2.00 petang

TEMPAT    :       Pusat Komersial Senawang, Seremban
                   

Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) merupakan salah satu program proaktif BPA yang memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan khidmat nasihat, membuat aduan dan memberi maklum balas terhadap BPA serta  agensi-agensi kerajaan di samping merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat.
 
Orang ramai adalah dijemput hadir. Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Encik Mohd Faisal bin Rahman di talian 06-2345890 atau e-mel ke faisal@pcb.gov.my.

 

Program KABB Pokok Sena, Kedah


Sukacita dimaklumkan bahawa BPA Pulau Pinang/Kedah/Perlis akan mengadakan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) seperti ketetapan berikut :

TARIKH     :        25 Jun 2013 (Selasa)

MASA        :        8.30 pagi hingga 1.00 petang

TEMPAT    :       Dataran Sena, Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena, Kedah

                            
Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) merupakan salah satu program proaktif BPA yang memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan khidmat nasihat, membuat aduan dan memberi maklum balas terhadap BPA serta  agensi-agensi kerajaan di samping merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat.


Orang ramai adalah dijemput hadir. Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Encik Md Din bin Jusoh di talian 04-2636893 atau e-mel ke mddin@pcb.gov.my.

Program KABB Hulu Selangor


Sukacita dimaklumkan bahawa BPA Selangor akan mengadakan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) seperti ketetapan berikut :

TARIKH     :        23 Jun 2013 (Ahad)

MASA        :        8.00 pagi hingga 1.00 petang

TEMPAT    :       Perkarangan Pasaraya Econsave Batang Kali.

                            

Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) merupakan salah satu program proaktif BPA yang memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan khidmat nasihat, membuat aduan dan memberi maklum balas terhadap BPA serta  agensi-agensi kerajaan di samping merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat.
 

Orang ramai adalah dijemput hadir. Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Encik Abdul Razak bin Abdul Latif di talian 03-55133777 atau e-mel ke abdul_razak@pcb.gov.my.

Program MESRA Rakyat Daerah Gerik


Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Pengaduan Awam, Negeri Perak akan mengadakan Program Mesra Rakyat (MESRA) seperti berikut :

TARIKH : 22 Jun 2012 (Sabtu)

MASA : 8.00 pagi – 1.00 petang

TEMPAT : Dewan Serbaguna Majlis Daerah Gerik

 
Program MESRA Rakyat merupakan salah satu program proaktif BPA yang memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan khidmat nasihat, membuat aduan dan memberi maklum balas terhadap BPA serta agensi-agensi kerajaan di samping merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat.

 
Orang ramai adalah dijemput hadir ke program tersebut. Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Puan Rahilah Fahimah binti Ahmad di talian 05-2558500 atau e-mel ke rahilah@pcb.gov.my)

Program KABB Telupid


Sukacita dimaklumkan bahawa BPA Negeri Sabah akan mengadakan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) seperti berikut :
 

TARIKH     :        22 JUN 2012 (Sabtu)

MASA        :        8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari

TEMPAT   :        Perkarangan SEDCO Pekan Telupid, Sabah

 
Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) merupakan salah satu program proaktif BPA yang memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan khidmat nasihat, membuat aduan dan memberi maklum balas terhadap BPA serta  agensi-agensi kerajaan di samping merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat.

Selain pembukaan kaunter oleh  28 agensi dan Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang didatangkan dari Daerah Telupid, Beluran, Sandakan serta Kota Kinabalu,  beberapa aktiviti  tambahan turut disediakan  untuk orang ramai seperti :

i.            Pemeriksaan Kesihatan  dan Pemeriksaan Gigi secara percuma
     ii.            Kempen Derma Darah oleh Hospital Beluran
     iii.           Kaunter Perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ)
                  a.   Pembaharuan Lesen
                  b.   Pembaharuan Cukai Jalan
                  c.   Semakan Saman / senarai Hitam
    iv.          Pemeriksan Bil Air oleh Jabatan Bekalan Air Negeri Sabah
    v.           Sesi temuduga oleh majikan, anjuran Jabatan Tenaga Kerja Sabah.

 
Orang ramai adalah dijemput hadir ke program tersebut.  Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Encik Georgie Abas ditalian 088-280300 atau e-mel ke georgie@pcb.gov.my).

Program KABB Jerantut


Sukacita dimaklumkan bahawa BPA Negeri Pahang akan mengadakan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) seperti ketetapan berikut :

 

TARIKH     :        19 Jun 2013 (Rabu)

MASA        :        8.30 pagi hingga 2.00 petang

TEMPAT    :       Dataran Majlis Daerah Jerantut.

                            

Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) merupakan salah satu program proaktif BPA yang memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan khidmat nasihat, membuat aduan dan memberi maklum balas terhadap BPA serta  agensi-agensi kerajaan di samping merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat.

 

Orang ramai adalah dijemput hadir ke program tersebut. 

 

Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Puan Rosnani binti Ismail     (Tel: 09-5124129 atau Emel : rosnani@pcb.gov.my ).

MESRA Kota Tinggi Dapat Sambutan Hangat


 

KOTA TINGGI, 14 JUN 2013 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Johor telah mengadakan Program MESRA Rakyat Daerah Kota Tinggi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Kota TInggi, Johor. Program ini adalah anjuran bersama BPA Negeri Johor dengan Pejabat Daerah Kota Tinggi. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tuan Haji Norizan bin Kulop.

Sebanyak 18 kaunter yang mewakili pelbagai jabatan dan agensi kerajaan telah menyertai program ini. Antara agensi yang terlibat adalah Pejabat Daerah Kota Tinggi, Majlis Daerah Kota Tinggi, Jabatan Kerja Raya Daerah Johor Bahru dan Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor.  Selain menerima aduan, program MESRA turut mengadakan sesi dialog bersama jabatan dan agensi yang terlibat dengan penduduk setempat.

Sesi dialog ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tuan Haji Norizan bin Kulop dan sambutan yang diterima daripada penduduk setempat sangat menggalakkan. Seramai 480 orang pengunjung telah direkodkan hadir ke program ini yang terdiri daripada penduduk setempat, Badan Bukan Kerajaan dan Pemimpin Masyarakat. Sebanyak 65 Aduan telah diterima dan direkodkan sepanjang program berlangsung. Kebanyakan pengunjung yang hadir berpuas hati dengan program MESRA Rakyat ini dan berharap agar program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
 
 

Thursday, June 6, 2013

KABB LAWAS MENDAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN


 
LAWAS, 25 MEI 2013 – Biro Pengaduan Awam Negeri Sarawak telah menganjurkan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) di Gelanggang Bola Keranjang Majlis Daerah Lawas mulai jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang hari ini. Program ini adalah anjuran bersama Pejabat Residen Bahagian Limbang telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat.


Program ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Dato’ Henry Sum Agong, Ahli Parlimen Lawas dan sebanyak 17 Jabatan/Agensi Persekutuan dan Kerajaan Negeri turut serta dalam program ini. Antara jabatan yang membuka kaunter adalah Pejabat Residen Bahagian Limbang, Majlis Daerah Lawas, Jabatan Kerja Raya Lawas, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Lawas, Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Lawas, Pejabat Tenaga Kerja Lawas dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Sarawak.

 
Program KABB ini juga telah berjaya menarik perhatian hampir 250 orang pengunjung yang terdiri daripada wakil-wakil agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, ketua-ketua kaum, ketua-ketua Rukun Tetangga, wakil-wakil Badan Bukan Kerajaan serta orang awam. Sebanyak 13 kes aduan dan 9 kes bukan aduan telah direkodkan sepanjang program berlangsung.  Antara aduan yang dikemukakan adalah isu keadaan jalan raya yang tidak memuaskan, masalah air paip kotor dan sistem perparitan yang tidak teratur.

 
Program ini dianjurkan bertujuan untuk memberi peluang kepada penduduk setempat menyuarakan pandangan, cadangan dan aduan terhadap agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Selain itu, saringan kesihatan secara percuma turut disediakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Lawas kepada orang ramai. Melalui program KABB ini, penduduk setempat juga didedahkan dengan peranan dan fungsi agensi-agensi kerajaan Persekutuan dan Negeri melalui pameran, edaran brosur serta khidmat nasihat.  
 




 

KAB DI UTC KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, 25 MEI 2013 - Biro Pengaduan Awam (BPA) Putrajaya telah membuka Kaunter Aduan Bergerak (KAB) di Bangunan UTC Kuala Lumpur bermula dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam hari ini.
 

Dianggarkan seramai 20 orang pengunjung telah mengunjungi kaunter KAB UTC Kuala Lumpur dan kebanyakan pengunjung berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai fungsi dan peranan BPA. Sebanyak 4 aduan telah diterima dan 6 khidmat nasihat diberikan kepada pengunjung.

Hebahan MESRA Kota Tinggi

Biro Pengaduan Awam Negeri Johor, Jabatan Perdana Menteri akan menganjurkan Program MESRA Rakyat seperti ketetapan berikut:

Tarikh  :  14 Jun 2013 (Jumaat)
Masa    : 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Kota Tinggi, Johor.

Program MESRA Rakyat merupakan salah satu program proaktif BPA yang memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan khidmat nasihat, membuat aduan dan memberi maklum balas terhadap BPA serta agensi-agensi kerajaan disamping merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat.

Orang ramai adalah dijemput hadir ke program ini. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, sila hubungi Encik Marshall Theagarajah di talian 07-223 0900 atau emel ke marshall@pcb.gov.my.

Sekian.

Unit Komunikasi Korporat
Biro Pengaduan Awam