Tuesday, June 26, 2012

HEBAHAN PROGRAM KABB DAERAH BARAT DAYA, PULAU PINANG



 
PROGRAM KAUNTER ADUAN BERGERAK BERSEPADU (KABB)
DI DAERAH BARAT DAYA, PULAU PINANG


Sukacita dimaklumkan bahawa BPA Negeri Pulau Pinang/Kedah/Perlis akan mengadakan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) seperti berikut :

TARIKH     :        28 Jun 2012 (Khamis)
MASA        :        8.30 pagi hingga 12.30 tengahari
TEMPAT   :        Dewan Balora Mastika, Padang Awam,
Jalan Balik Pulau, Pulau Pinang  
                            

Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) merupakan salah satu program proaktif BPA yang memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan khidmat nasihat, membuat aduan dan memberi maklum balas terhadap BPA serta  agensi-agensi kerajaan di samping merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat.

Orang ramai adalah dijemput hadir ke program tersebut. 

Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi En. Md Din bin Jusoh (Tel: 04-2636893 atau Emel : mddin@pcb.gov.my)


BIRO PENGADUAN AWAM
JABATAN PERDANA MENTERI

No comments:

Post a Comment