Tuesday, February 28, 2012

Program KABB Kluang, Johor

Program KABB yang pertama bagi Tahun 2012 telah diadakan pada 25 Februari 2012 di Centre Court Kluang Mall, Kluang, Johor.
Majlis perasmian penutup program telah disempurnakan oleh En. Chye Kwee Yeow, Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Mukim-Mukim (JPMM) Mengkibol, Kluang.

Encik Marshall, Pengarah BPA Negeri Johor telah memberikan ucapan alu-aluan semasa program KABB Kluang, Johor.

Encik Marshall menyampaikan cenderamata kepada Encik Chye Kwee Yeow sebagai tanda penghargaan dan terima kasih.

Encik Chye Kwee Yeow melawat ke kaunter agensi selepas perasmian program KABB Kluang, Johor.
Terdapat 19 jabatan/agensi Kerajaan telah menyertai dan turut membuka kaunter semasa program KABB Kluang, Johor.

Tuesday, February 14, 2012

Lawatan Kerja Ombudsman USM ke BPA

Encik Khairul Anuar bin Che Azmi (Timbalan Penasihat Undang-Undang Kanan, USM) mengetuai delegasi beliau untuk mengadakan lawatan kerja ke BPA.
Lawatan Kerja Ombdsman Universiti Sains Malaysia telah diadakan pada 13 Februari 2012 (Isnin) di Bilik Mesyuarat Utama, BPA.

Encik Khairul Anuar bin Che Azmi (Timbalan Penasihat Undang-Undang Kanan, USM) menandatangani buku pelawat BPA.

YM Tengku Adnin bin Tengku Adnan (Pengarah Perancangan Inovasi dan Penyelarasan) menyampaikan cenderamata kepada Encik Khairul Anuar bin Che Azmi (Timbalan Penasihat Undang-Undang Kanan, USM.

Ahli Ombudsman USM mengambil gambar bersama pihak pengurusan atasan BPA.

Sesi bergambaran selepas lawatan kerja untuk kenangan semua.

Lawatan Lembaga Hasil Dalam Negeri ke BPA


Satu lawatan Lembaga Hasil Dalam Negeri ke BPA telah diadakan pada 10 Februari 2012 (Jumaat) di Dewan Taklimat, Blok Timur ICU pada pukul 3.00 petang.

Tetamu mendaftar di kaunter pendaftaran.


Puan Siti Nur Amini menyambut dan memberi salam kepada tetamu.


Encik Azlan bin Man (Timbalan Ketua Pengarah (Aduan) ) memberi ucapan alu-aluan ketika lawatan.


Puan Nor Azirah binti Mohd Said (Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat LHDN) selaku Ketua delegasi telah memberi ucapan semasa lawatan.

Encik Azlan bin Man menyampaikan cenderamata kepada Puan Nor Azirah binti Mohd Said.

Puan Nor Azirah binti Mohd Said memberikan cenderamata kepada Encik Azlan bin Man sbagai penghargaan kepada BPA.

Sesi bergambaran antara urus setia lawatan LHDN dan wakil daripada BPA.

YM Tengku Adnin bin Tengku Adnan (Pengarah Perancangan Inovasi dan Penyelarasan) telah memberikan pembentangan kepada tetamu tentang core business BPA.

Encik Hee Hon Ming (Pengarah Aduan) telah memberi jawapan kepada persoalan dikemukakan oleh kakitangan LHDN.

Sesi soal jawab diadakan selepas pembentangan YM Tengku Adnin.

Puan Nor Azirah binti Mohd Said telah menandatangani buku lawatan BPA, diiringi oleh Encik Mohd Asri (Ketua Penolong Pengarah, Unit Aduan 3), Encik Hee Hon Ming (Pengarah Aduan), Encik Masrun dari LHDN dan YM Tengku Adnin bin Tengku Adnan (Pengarah Perancangan Inovasi dan Penyelarasan).