Tuesday, April 16, 2013

KAB UiTM DUNGUN


KAUNTER ADUAN BERGERAK DI UiTM DUNGUN, TERENGGANU

 
DUNGUN, 16 APRIL 2013 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Kelantan/Terengganu telah mengadakan Program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) bertempat di Dewan Aspirasi, UiTM Dungun, Terengganu dari pukul 10.00 pagi hingga 2.00 petang hari ini.

Seramai lebih kurang 100 orang pengunjung yang hadir memeriahkan Program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) UiTM Dungun kali ini. 12 aduan dan 35 Khidmat Nasihat telah diterima dan diberikan kepada pengunjung.




KABB MUAR


KAUNTER ADUAN BERGERAK BERSEPADU DI MUAR

 

MUAR, 9 MAC 2013 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Johor telah mengadakan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) di Ruang Legar Wetex Parade Shopping Centre, Muar, Johor. Program ini adalah anjuran bersama BPA Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Daerah Muar dan pihak Wetex Parade Shopping Centre Muar, Johor telah berlangsung dari jam 11.00 pagi hingga 5.30 petang.

Sebanyak 14 kaunter yang mewakili pelbagai jabatan dan agensi kerajaan telah menyertai program ini. Selain menerima aduan, program KABB ini turut menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada para pengunjung seperti khidmat nasihat dan pameran pendedahan informasi mengenai jabatan dan agensi yang terlibat.

Seramai 474 orang pengunjung telah menghadiri program ini  dan sebanyak 8 Aduan dan  11 Bukan Aduan telah direkodkan sepanjang program berlangsung.





KAB JB SENTRAL


KAUNTER ADUAN BERGERAK DI JOHOR BAHRU SENTRAL

 
JOHOR BAHRU, 3 APRIL 2013 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Johor telah mengadakan program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) di Aras 3, Dewan Utama JB Sentral, Johor Bahru bermula dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang hari ini.

Seramai 22 orang pengunjung telah mengunjungi kaunter KAB Johor Bharu Sentral dan satu aduan telah direkodkan sepanjang program berlangsung. Kebanyakan pengunjung berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai fungsi dan peranan BPA Negeri Johor serta memberi pendedahan kepada pengunjung mengenai peranan dan tanggungjawab BPA serta kaedah membuat aduan dan aduan yang diurus oleh BPA. 




KAB DI SMK DATO’ ABDUL RAHMAN YASSIN, JOHOR BAHRU

 
JOHOR BAHRU, 13 APRIL 2013 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Johor telah mengadakan program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) sempena program Kempen Kesedaran Jenayah AIDS dan Dadah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abdul Rahman Yassin, Johor Bahru bermula dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang hari ini.
Seramai 15 orang pengunjung telah mengunjungi kaunter KAB pada kali ini. Kebanyakan pengunjung berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai fungsi dan peranan BPA Negeri Johor serta memberi pendedahan kepada pengunjung mengenai peranan dan tanggungjawab BPA serta kaedah membuat aduan dan aduan yang diurus oleh BPA. 
 

 
 
 

PM RASMI PEJABAT BPA DI UTC PAHANG

 

KUANTAN, 11 APRIL 2013 – YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri telah merasmikan Pejabat Biro Pengaduan Awam (BPA) di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pahang hari ini. Perdana Menteri dalam majlis perasmian itu turut mengumumkan bangunan Terminal Makmur itu ditukar nama kepada UTC Pahang.

Kira-kira 30,000 orang hadir menyaksikan perasmian bangunan itu yang melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM37 juta. UTC Pahang menempatkan 67 jabatan kerajaan dan 52 premis perniagaan termasuk Tabung Haji, Agro Bank dan SME Bank. UTC Pahang beroperasi mulai pukul 8.30 pagi hingga pukul 10 malam dan dibuka setiap hari termasuk cuti hujung minggu.

Perdana Menteri dalam ucapan perasmiannya berkata, falsafah di sebalik kewujudan UTC bertujuan memenuhi tiga kriteria utama. Pertama katanya, mesti pantas pelaksanaannya dan kedua mesti satu projek yang dilakukan dengan perbelanjaan minimum.

"Ketiga, perlu memberi kesan dan impak besar kepada rakyat, saya ingin nyatakan UTC ini pasti akan beri kesenangan kepada rakyat dan yang paling besar pusat ini dibuka tiap-tiap hari, tujuh hari seminggu," katanya. Kebanyakan pengunjung yang hadir turut menyatakan rasa syukur dan terharu dengan inisiatif yang diberikan oleh Kerajaan.

Bagi Datin Mahani Tan Abdullah, Ketua Pengarah BPA perpindahan Pejabat BPA ke UTC Pahang akan menjadi pemangkin kepada suasana kerja yang baru dan akan memberi lebih motivasi  kepada warga BPA untuk bekerja dengan gigih dan bersungguh sungguh.

Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada BPA Pahang kerana telah menerima cabaran berfikir di luar kotak dan sedia bertukar daripada premis kerja yang tradisional kepada yang lebih progresif sesuai dengan situasi semasa. Upacara perasmian oleh YAB Perdana Menteri ini telah menyuntik semangat untuk bekerja dengan lebih gigih, khususnya di kalangan warga BPA Pahang dan seluruh warga kerja BPA amnya untuk mencapai kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan.