Wednesday, September 25, 2013

Program MESRA Rakyat dan KABB Daerah Dungun

BPA Negeri Kelantan/Terengganu akan mengadakan program MESRA Rakyat dan Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) di daerah Dungun seperti ketetapan berikut:

Tarikh  :  1 Oktober 2013 (Selasa)
Masa  :  8.00 pagi - 1.30 petang
Tempat  :  Dewan Dagang, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu


Program ini diadakan bertujuan untuk membantu orang awam menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa berurusan dengan agensi kerajaan. Orang awam boleh berinteraksi terus dengan Ketua Jabatan untuk menyampaikan masalah serta mendapat maklum balas segera. Justeru, program ini memberikan banyak manafaat kepada orang awam.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dijemput hadir ke program ini. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pejabat BPA Negeri Kelantan/Terengganu ditalian 09-6238135.

Sekian, terima kasih.

Unit Komunikasi Korporat
Biro Pengaduan Awam (Public Complaints Bureau)


KABB Membakut, Sabah

Biro Pengaduan Awam Negeri Sabah akan menganjurkan program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) seperti ketetapan berikut:

Tarikh  :  29 September 2013
Masa  :  8.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat  :  Dewan Serbaguna Membakut, Sabah

Program KABB merupakan satu program yang memberi peluang kepada orang ramai untuk mengemukakan aduan dan cadangan serta mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan dalam mencari penyelesaian masalah yang dihadapi semasa berurusan dengan agensi kerajaan.

Orang ramai dijemput hadir ke program ini. Sebarang pertanyaan boleh hubungi pejabat BPA Sabah di talian 088-280300.



Unit Komunikasi Korporat
Biro Pengaduan Awam



Seminar Pengurusan Aduan BPA 2013

YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah merasmikan Seminar Pengurusan Aduan Biro Pengaduan Awam Tahun 2013 pada 24 September 2013 di Dewan Putra A1, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Kehadiran peserta ke seminar ini sangat menggalakan. BPA juga turut menyampaikan 20 sijil penghargaan kepada Kementerian dan Pejabat Setiausaha Kerajaan yang terpilih atas usaha mereka menyelesaikan aduan dan juga mencapai kepuasan pelanggan dalam menyampaikan perkhidmatan. Tahniah kepada Kementerian dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang telah menerima sijil.
 














Thursday, September 12, 2013

Seminar Pengurusan Aduan Biro Pengaduan Awam Tahun 2013

Biro Pengaduan Awam akan menganjurkan Seminar Pengurusan Aduan Biro Pengaduan Awam Tahun 2013 seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 24 September 2013
Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Dewan Putra A1, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Jemputan akan diperkenalkan kepada garis panduan baharu berhubung pengurusan aduan serta penambahbaikan pekeliling pengurusan aduan sedi
a ada. Seminar ini juga akan menekankan kepada keperluan pemantapan pengurusan aduan di Agensi Kerajaan bagi menambahbaik prosedur pengurusan aduan.

Seminar ini akan dihadiri oleh Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha Kementerian, Timbalan-timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Perhubungan Awam Kementerian/Jabatan/Agensi dan Kerajaan Negeri.

Sekian.

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perdana Menteri

Monday, September 9, 2013

KABB Daerah Raub

Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Pahang akan menganjurkan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) seperti ketetapan berikut:

Tarikh  :  19 September 2013
Masa  :  8.30 pagi hingga 2.00 petang
Tempat  :  Dewan Jubli Majlis Daerah Raub, Pahang.

Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) merupakan salah satu program proaktif BPA yang memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan khidmat nasihat, membuat aduan dan memberi maklum balas terhadap BPA serta agensi-agensi kerajaan di samping merapatkan  hubungan dengan masyarakat setempat.

Sehubungan dengan itu, orang ramai adalah dijemput hadir ke program ini. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Pejabat BPA Pahang di talian 09-5124129.

KABB HILIR PERAK

Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Perak dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak akan menganjurkan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) seperti ketetapan berikut:

Tarikh  :  12 September 2013
Masa  :  10.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat  :  Arena Square Teluk Intan, Perak

Program ini diadakan bersempena dengan Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) 2013 dan upacara perasmian akan dilakukan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara.

Pameran inovasi juga akan diadakan sepanjang program. Sehubungan dengan itu, orang ramai adalah dijemput untuk hadir ke program ini.