Thursday, September 27, 2012

Hebahan Program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) Masai, Johor



Biro Pengaduan Awam (BPA) Johor akan mengadakan Program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) sepertimana berikut :-

Tarikh :          29 dan 30 September 2012 (Sabtu dan Ahad)
Tempat :       Padang Blok K & H, Rumah Pangsa Jalan Tasek 64
                        Bandar Seri Alam, Masai, Johor Bahru
Masa :           9.00 pagi hingga 5.00 petang

Wednesday, September 26, 2012

PROGRAM KAUNTER ADUAN BERGERAK BERSEPADU (KABB) DI RANAU, SABAH

PROGRAM KAUNTER ADUAN BERGERAK BERSEPADU (KABB)
DI RANAU, SABAH

Sukacita dimaklumkan bahawa BPA Negeri Sabah akan mengadakan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) seperti berikut :

TARIKH : 29 September 2012 (Sabtu)
MASA : 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari
TEMPAT : Dewan Masyarakat Ranau, Ranau ,Sabah

Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) merupakan salah satu program proaktif BPA yang memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan khidmat nasihat, membuat aduan dan memberi maklum balas terhadap BPA serta agensi-agensi kerajaan di samping merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat.

Orang ramai adalah dijemput hadir ke program tersebut.
Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi En. Georgie Abas (Tel: 088-280300 atau Emel : georgie@pcb.gov.my)

BIRO PENGADUAN AWAM
JABATAN PERDANA

Kaunter Aduan BPA di Pusat Transformasi Bandar (UTC)

Biro Pengaduan Awam telah membuka Kaunter Aduan BPA di Pusat Transformasi Bandar (UTC), T3-11, Tingkat 3, Pudu Sentral, Kuala Lumpur bermula 20 September 2012.

http://www.pcb.gov.my/Pengumuman/2012/september/UTC%20Pudu_bm.pdf

Tuesday, September 11, 2012

HEBAHAN PROGRAM MESRA RAKYAT (MESRA) BAHAU




PROGRAM MESRA RAKYAT (MESRA)
 BAHAU

Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Pengaduan Awam, Negeri Melaka/ Negeri Sembilan akan mengadakan Program Mesra Rakyat (MESRA) seperti berikut :

TARIKH    : 13 September 2012 (Khamis)
MASA       : 8.00 pagi – 1.00 tengahari
TEMPAT    : Dewan Majlis Daerah Jempol, Bahau, Negeri Sembilan

Program MESRA Rakyat merupakan salah satu program proaktif BPA yang memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan khidmat nasihat, membuat aduan dan memberi maklum balas terhadap BPA serta agensi-agensi kerajaan di samping merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat.

Orang ramai adalah dijemput hadir ke program tersebut.

Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Puan Rosma Wati binti Tahir  (Tel: 06-2345890 atau Emel :

BIRO PENGADUAN AWAM
JABATAN PERDANA MENTERI

Thursday, August 30, 2012

Kekosongan Jawatan sebagai Pekerja Sambilan Harian bagi Jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan di Biro Pengaduan Awam

Iklan Jawatan Kosong di Biro Pengaduan Awam sebagai Pekerja Sambilan Harian bagi Jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan.

Kekosongan adalah dibuka kepada calon berketurunan India berkelayakan SPM yang fasih bertutur, membaca dan menulis di dalam bahasa Tamil.

Untuk makluman lanjut sila layari laman web kami http://www.pcb.gov.my/Pengumuman/2012/Jawatan%20Kosong%20BPA_BM.pdf

Wednesday, August 1, 2012

BPA di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Melaka

Biro Pengaduan Awam Melaka/Negeri Sembilan telah membuka Kaunter Aduan BPA di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Aras 2, Wisma UTC, Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka.

Kaunter aduan ini beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari Isnin hingga Jumaat dan dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang pada hari Sabtu dan Ahad.

Semua di jemput hadir.

Friday, July 27, 2012

KAUNTER ADUAN BERGERAK BERSEPADU (KABB) DAERAH BARAT DAYA










KAUNTER ADUAN BERGERAK BERSEPADU (KABB)
DAERAH BARAT DAYA

BARAT DAYA, 28 Jun 2012 – Biro  Pengaduan  Awam Pulau Pinang/Kedah/Perlis bersama Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya telah menganjurkan program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) bertempat di Dewan Balora Mestika, Balik Pulau, Pulau Pinang hari ini. Program ini telah dirasmikan oleh  YBhg. En. Abdul Aziz bin Ashaari, Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang.
Kaunter Pendaftaran telah dibuka pada jam 8.00 pagi dan telah mencatatkan kehadiran seramai 241 orang yang terdiri dari penjawat awam, pemimpin-pemimpin Masyarakat Setempat, Imam, JKKK dan ahli Kariah. Sebanyak 20 agensi telah terlibat dalam penganjuran program KABB ini.
Program yang bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari telah berjaya menarik minat penduduk setempat untuk memahami fungsi dan peranan Biro Pengaduan Awam serta agensi-agensi kerajaan yang lain.
Sebanyak 10 aduan telah diterima dan 21 pertanyaan dan khidmat nasihat telah diberikan kepada pengunjung yang hadir. Antara agensi yang menerima aduan ialah Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Jabatan Kerja Raya yang mana isu yang diadu adalah berkisar tentang perkhidmatan yang tidak memuaskan seperti ketiadaan penyelenggaraan berkala, tiada tindakan penyelenggaraan, kemudahan yang tidak dikawal selia dengan baik serta keperluan menaik taraf infrastruktur.

MESRA RAKYAT DI PPR SERI SEMARAK KUALA LUMPUR





MESRA RAKYAT DI PPR SERI SEMARAK KUALA LUMPUR


KUALA LUMPUR, 14 Julai 2012 – Biro Pengaduan Awam Kuala Lumpur telah menganjurkan Program MESRA Rakyat bertempat di PPR Seri Semarak, Kuala Lumpur mulai jam 8.30 pagi. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk  Hj. Salleh bin Yusup , Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Dato’ Dr. Tam Weng Wah.

Program yang diadakan secara bersepadu dengan agensi dan jabatan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Jawatankuasa Penduduk PPR Seri Semarak telah berjaya menarik minat hampir 450 orang pengunjung yang terdiri daripada penduduk PPR Seri Semarak sendiri.

Sebanyak 17 wakil dari Jabatan seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengambil bahagian dalam program MESRA ini. Antaranya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Suruhanjaya Pilihan Raya dan Jabatan Pendaftaran Negara. Turut diadakan satu demontrasi cara memadam api oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sebanyak 46 pertanyaan dan 32 aduan telah dikemukakan oleh penduduk sepanjang program dijalankan. Rata-rata penduduk setempat berpendapat program MESRA  adalah satu program yang baik dan harus diadakan secara berkala supaya penduduk boleh mendapat manfaat daripadanya.

MESRA RAKYAT KELANTAN 2012











MESRA RAKYAT KELANTAN 2012

KOTA BHARU, 16 Julai 2012 -  Seramai 750 orang yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu, pemimpin-pemimpin masyarakat, serta masyarakat setempat telah hadir ke Program Mesra Rakyat Kelantan yang telah diadakan di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kota Bharu, Kok Lanas, Ketereh, Kelantan.
Program ini adalah anjuran bersama Biro Pengaduan Awam Kelantan / Terengganu, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan telah dirasmikan oleh Encik Azlan bin Man, Timbalan Ketua Pengarah (Aduan), Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri.
Satu sesi dialog telah diadakan semasa program MESRA berlangsung dan telah dipengerusikan oleh Encik Azlan bin Man, Timbalan Ketua Pengarah (Aduan), Biro Pengaduan Awam. Sesi dialog yang bermula pada jam 10.00 pagi menerima sambutan hangat dimana sebanyak 31 aduan telah direkodkan.
Kebanyakkan isu yang dibangkitkan adalah mengenai kemudahan infrastruktur yang tidak memuaskan dan memerlukan tindakan segera. Sesi dialog ini turut disertai 18 ahli panel yang lain dan terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri.
Selain sesi dialog, pameran turut diadakan di luar dewan besar yang melibatkan Jabatan Kesihatan Negeri, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).