Friday, June 15, 2012

KAUNTER ADUAN BERGERAK PASAR MALAM KUALA KLAWANG JELEBU


Pegawai aduan melayani pengunjung dengan ramah dan mesra


Pegawai aduan mendengar dan merekod keterangan pengadu dengan prihatin dan teliti



 
LAPORAN KAUNTER ADUAN BERGERAK (KAB) DI PASAR MALAM KUALA KLAWANG, JELEBU, NEGERI SEMBILAN

Biro Pengaduan Awam Melaka / Negeri Sembilan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan Kaunter Aduan Bergerak (KAB) pada 13 Jun 2012 (Rabu) bertempat di tapak Pasar Malam Kuala Klawang, Negeri Sembilan Darul Khusus. 

        Pembukaan kaunter ini telah menarik orang ramai untuk mendapatkan penjelasan serta penerangan berkenaan fungsi BPA kepada rakyat. Tujuan program ini diadakan untuk mendekatkan lagi pihak BPA dengan orang awam. Selain daripada itu dapat menyumbang dan menyokong kepada matlamat merealisasikan slogan 'Rakyat di Dahulukan Pencapaian di Utamakan'. 

        Seramai lebih kurang 25 orang telah mengunjungi kaunter BPA Melaka / Negeri Sembilan dan aduan yang diterima sebanyak 13 aduan yang meliputi aduan dan bukan aduan.

No comments:

Post a Comment