Wednesday, May 30, 2012

HARI KELUARGA BPA 2012– MEDIUM MENGERATKAN HUBUNGAN


At Melaka Wonderland

Sebahagian kakitangan BPA yang hadir bersama ahli keluarga

Kutip gula-gula


Acara tarik bola dalam gelung

Acara masuk air dalam botol

Acara susun batu bata

Bergambar kenangan

Sesi penyampaian hadiah,hamper dan cabutan nombor bertuah


Sesi penyampaian hadiah,hamper dan cabutan nombor bertuah

Sesi penyampaian hadiah,hamper dan cabutan nombor bertuah

Barbeque

ALOR GAJAH – Sambutan Hari Keluarga Biro Pengaduan Awam bagi tahun 2012 telah diadakan pada 26 - 27 Mei 2012 bertempat di Melaka Wonderland, Melaka Bandaraya Bersejarah.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan untuk memeriahkan program ini. Antaranya mengutip gula-gula, mengisi air dalam botol, mencari harta karun  dan bawa bola dalam gelung.

Pada sebelah malamnya, program ini telah dimeriahkan lagi dengan acara barbeque, penyampaian hadiah, cabutan bertuah dan sesi karaoke. Program ini juga dilihat sebagai medium alternatif untuk mengeratkan hubungan di kalangan kakitangan BPA.  


Monday, May 28, 2012

LAPORAN KAUNTER ADUAN BERGERAK BERSEPADU (KABB) ALOR GAJAH, MELAKA

                                    
YB Datuk Hjh. Norpipah Binti Abdol, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Wanita, Pembangunan Keluarga Dan Kebajikan serta Dato'Dr Tam Weng Wah hadir ke program KABB Alor Gajah Melaka

Kaunter pendaftaran dan khidmat nasihat


Seramai 165 orang telah hadir ke program KABB Alor Gajah

Sebanyak 34 agensi dan jabatan kerajaan telah terlibat membuka kaunter aduan perkhidmatan pameran.

Sebanyak 86 aduan telah diterima dan direkodkan oleh agensi kerajaan yang mengambil bahagian sepanjang tempoh program tersebut diadakan.

YB Datuk Hjh. Norpipah Binti Abdol, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Wanita, Pembangunan Keluarga Dan Kebajikan menyampaikan sijil penghargaan

Sesi bergambar

LAPORAN KAUNTER ADUAN BERGERAK BERSEPADU (KABB) ALOR GAJAH, MELAKA
                                                
Biro Pengaduan Awam Melaka/Negeri Sembilan, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah telah mengadakan Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) pada 27 Mei 2012 (Ahad) bertempat di Dataran Keris, Alor Gajah, Melaka. Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Hjh. Norpipah Binti Abdol, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Wanita, Pembangunan Keluarga Dan Kebajikan. Program ini juga turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Idrus Bin Md. Jani,  Pegawai Daerah Alor Gajah serta YBhg. Dato’ Tam Weng Wah, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri.

Program ini telah mendapat kerjasama sepenuhnya daripada agensi/jabatan kerajaan di Daerah Alor Gajah dan Negeri Melaka yang mana sebanyak 34 agensi/jabatan kerajaan telah terlibat membuka kaunter aduan/perkhidmatan/pameran. Antara agensi/jabatan lain yang terlibat adalah Pejabat Daerah & Tanah Alor Gajah,  Majlis Perbandaran Alor Gajah, Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Ketua Menteri Negeri Melaka, Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah, Jabatan Kerja Raya Daerah Alor Gajah, Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah, Hospital Daerah Alor Gajah, Klinik Pergigian Daerah Alor Gajah, Pejabat Penerangan Daerah Alor Gajah, Balai Bomba Dan Penyelamat Daerah Alor Gajah, Pejabat Agama Islam Daerah Alor Gajah, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Alor Gajah, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Melaka, Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka, Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Melaka, Pejabat Pertanian Daerah Alor Gajah, Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Melaka, Jabatan Tenaga Kerja Negeri Melaka, Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Daerah Alor Gajah, Jabatan Perikanan Negeri Melaka, Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Alor Gajah, Pos Malaysia Berhad Negeri Melaka, Lembaga Tabung Haji Cawangan Alor Gajah, Pejabat RELA Daerah Alor Gajah, Syarikat Air Melaka Berhad Cawangan Alor Gajah,  Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Melaka, Pertubuhan Keselamatan Sosial Negeri Melaka, Telekom Malaysia Berhad Negeri Melaka, Tenaga Nasional Berhad Negeri Melaka, Jabatan Perhilitan Negeri Melaka, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Daerah Alor Gajah, SWM Environment Sdn Bhd Negeri Melaka dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd Negeri Melaka.


Kehadiran orang ramai sepanjang program ini amat menggalakkan iaitu seramai 165 orang telah hadir ke program ini dan sebanyak 86 aduan telah diterima dan direkodkan oleh agensi kerajaan yang mengambil bahagian sepanjang tempoh program tersebut diadakan.

Thursday, May 24, 2012

KAUNTER ADUAN BERGERAK BERSEPADU (KABB) ROMPIN


Kaunter pendaftaran dan Khidmat nasihat

dianggarkan kira-kira 250 orang pengunjung memeriahkan majlis

Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Rompin turut menjayakan program KABB

Antara agensi dan jabatan yang mengambil bahagian dalam program KABB Daerah Rompin

PROGRAM KAUNTER ADUAN BERGERAK BERSEPADU (KABB) ROMPIN
ROMPIN -22 Mei 2012 – Seramai 250 orang pengunjung dianggar telah bersama-sama memeriahkan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) Daerah Rompin yang diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuala Rompin, Pahang.
Program yang diadakan oleh Biro Pengaduan Awam Negeri Pahang dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Daerah Rompin ini melibatkan 21 agensi persekutuan, negeri, badan berkanun dan swasta yang telah bersama-sama membuka kaunter aduan masing-masing semasa program berlangsung. Beberapa agensi turut sama membuka kaunter pameran bagi memberikan maklumat berhubung agensi masing-masing kepada pengunjung yang hadir.
Sebanyak 73 kes aduan dan bukan aduan telah direkodkan sepanjang program berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 4.00 petang.

Wednesday, May 23, 2012

KAB INDIA STREET


Kira-kira seramai 25 orang pengunjung telah mengunjungi kaunter program KAB

satu (1) aduan telah diterima daripada orang awam. Sebanyak tiga (3) khidmat nasihat turut diberikan kepada para pengunjung.

India Street, Kuching Sarawak – Program KAB India Street telah diadakan di India Street Pedestrian Mall, Kuching pada 19 Mei 2012 (Sabtu) yang dibuka mulai jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.
Program tersebut telah menarik perhatian para pengunjung yang datang membeli-belah di India Street Pedestrian Mall, Kuching. Orang ramai berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang fungsi dan peranan Biro Pengaduan Awam dan telah didedahkan dengan informasi yang berkaitan serta jenis dan kaedah membuat aduan. Program ini lebih berbentuk program kesedaran (awareness) kepada pengunjung yang bukan hanya datang dari Bandaraya Kuching malah kawasan sekitarnya.
Kira-kira seramai 25 orang pengunjung telah mengunjungi kaunter program KAB ini dan sebanyak satu (1) aduan telah diterima daripada orang awam. Sebanyak tiga (3) khidmat nasihat turut diberikan kepada para pengunjung.

KAB KAMPUNG BUNTAL


Kira-kira seramai 40 orang pengunjung telah mengunjungi kaunter program
 
sebanyak sebelas (11) aduan telah diterima daripada orang awam dan sebanyak 6 khidmat nasihat turut diberikan kepada para pengunjung

Kampung Buntal, Kuching, Sarawak – Program KAB Kampung Buntal telah diadakan di Kampung Buntal pada 18 Mei 2012 (Jumaat) yang dibuka mulai jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.
Program tersebut telah berjaya menarik perhatian penduduk setempat. Kehadiran orang ramai yang berminat untuk membuat aduan dan mengetahui lebih lanjut tentang kaedah membuat aduan adalah amat memberangsangkan.
Kira-kira seramai 40 orang pengunjung telah mengunjungi kaunter program dan sebanyak sebelas (11) aduan telah diterima daripada orang awam. Sebanyak 6 khidmat nasihat turut diberikan kepada para pengunjung yang ingin mendapatkan perkhidmatan atau mengetahui lebih lanjut berkenaan peranan dan fungsi Biro Pengaduan Awam.  

KAUNTER ADUAN BERGERAK (KAB) DAERAH KUANTAN


Kaunter pendaftaran dah khidmat nasihat

Seramai 300 orang pengunjung dianggarkan telah berkunjung ke Program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) Daerah Kuantan

KUANTAN – 20 Mei 2012 - Seramai 300 orang pengunjung dianggarkan telah berkunjung ke Program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) Daerah Kuantan yang telah diadakan sempena Karnival Yo! Fest bermula pada 18 Mei 2012 sehingga 20 Mei 2012.
Program KAB yang telah diadakan di Taman Bandar, Kuantan, Pahang ini telah berjaya menarik minat ramai pengunjung yang hadir untuk membuat aduan serta mendapatkan maklumat lanjut berhubung fungsi dan peranan BPA itu sendiri.
Sebanyak 21 kes aduan dan bukan aduan telah berjaya direkodkan sepanjang program dilaksanakan.


Thursday, May 17, 2012

Kaunter Aduan Bergerak (KAB) Bau Sarawak Pada 16 Mei 2012


Kaunter pendaftaran dan Khidmat nasihat di Pusat Penjaja Bau

Seramai 60 orang pengunjung telah mengunjungi kaunter program

sebanyak 12 aduan telah diterima daripada orang awam.

Sebanyak 8 khidmat nasihat turut diberikan kepada para pengunjung yang ingin mendapatkan perkhidmatan atau mengetahui lebih lanjut berkenaan peranan dan fungsi Biro Pengaduan Awam.


Wednesday, May 16, 2012

Kaunter Aduan Bergerak (KAB) Lundu Sarawak Pada 15 Mei 2012

Kira-kira seramai 65 orang pengunjung telah mengunjungi kaunter program dan sebanyak sembilan (9) aduan telah diterima daripada orang awam

Pendaftaran dan penerangan dari petugas kaunter

Sebanyak 18 khidmat nasihat turut diberikan kepada para pengunjung yang ingin mendapatkan perkhidmatan atau mengetahui lebih lanjut berkenaan peranan dan fungsi Biro Pengaduan Awam. 

Tuesday, May 15, 2012

Perhimpunan Hari Pekerja 2012 di MAEPS Serdang

Taklimat ringkas yang disampaikan oleh En Saadon dari BPA WPKL
Perserta-peserta yang mengambil bahagian berkumpul sebelum masuk ke dewan
Berkumpul di dewan besar MAEPS Serdang sebelum acara bermula
Suasana di dewan MAEPS Serdang
Suasana di dewan Besar MAEPS Serdang

Thursday, May 10, 2012

Program KABB Nilai 10 Mei 2012


Dari kiri; YBrs. Encik Hasnol bin Mohamed, Pegawai Daerah Seremban, YB. Datuk Hasim bin Rusdi, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna & Kemudahan Awam Negeri Sembilan, dan Encik Hee Hon Ming, Pengarah Aduan, Biro Pengaduan Awam (BPA).
-  Antara hadirin yang menghadiri Program KABB, Nilai.

Encik Hee Hon Ming, Pengarah Aduan, Biro Pengaduan Awam (BPA) menyampaikan ucapan alu-aluan

Antara hadirin yang menghadiri Program KABB, Nilai.

YB. Datuk Hasim bin Rusdi, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna & Kemudahan Awam Negeri Sembilan, memberikan sijil penyertaan sambil melawat kaunter-kaunter pameran.