Monday, April 23, 2012

Program Mesra Rakyat Bintulu, Sarawak

Para hadirin mendaftar di kaunter pendaftaran yang berada di luar Dewan Suarah Bintulu.
YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam (BPA) menyambut kedatangan YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan Setiausaha Kerjaaan Negeri Sarawak.

YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah memberikan ucapan alu-aluan di Program Mesra Rakyat Bintulu.


YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak telah memberikan ucapan perasmian dan turut merasmikan Program Mesra Rakyat Bintulu yang telah diadakan pada 21 April 2012 (Sabtu) di Dewan Suarah Bintulu.

YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah menyampaikan cenderamata kepada YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha.

YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah menyampaikan cenderamata kepada Tuan Haji Muhamad Yakup bin Kari, Residen Bahagian Bintulu.

Sesi penyampaian sijil penghargaan kepada ketua-ketua jabatan / agensi yang turut hadir ke program ini.

Sesi dialog Program Mesra Rakyat Bintulu telah dipengerusikan oleh YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha.

Orang awam mengemukakan aduan kepada jabatan /agensi yang berkaitan.

Maklum balas daripada Ketua-ketua Jabatan/Agensi yang berkenaan telah dijelaskan terus kepada pengadu semasa sesi dialog dijalankan.

Kunjungan Hormat KP BPA ke IPD Bintulu & Hospital Bintulu

Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam (BPA), YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu pada 20 April 2012.
YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah menyampaikan cenderamata kepada SUP Madang Usat, Ketua Polis Daerah Bintulu.

YBhg. Dato’ Dr. Tam Weng Wah berpeluang melawat "one-stop centre” IPD Bintulu dan DSP Mohd Said Ibrahim, Timbalan Ketua Polis Bintulu telah memperkenalkan peranan dan fungsi “one-stop centre” kepada delegasi BPA.


YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah melawat ke kaunter pembayaran di Hospital Binutlu dengan diiringi oleh Pengarah Hospital Bintulu, Dr. Azlee Ayub dan Puan Biti Anak Anggot, Pengarah BPA Sarawak.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama antara BPA, PDRM dan Hospital Bintulu demi mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam.
YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah menyampaikan cenderamata kepada Dr. Azlee Ayub, Pengarah Hospital Bintulu.
YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah menandatangani buku pelawat Hospital Bintulu.

Thursday, April 19, 2012

Perjumpaan Ketua Pengarah BPA Bersama KKK & PRO Bil 1 Tahun 2012

Ucapan Aluan dari Ketua Pengarah BPA
Kehadiran jemputan seramai 119 orang dari pelbagai kementerian/Jabatan/Agensi kerajaan
Sebahagian pegawai-pegawai dari BPA
Timbalan Ketua Pengarah (Aduan), En. Azlan bin Man membentangkan laporan.
Penguru Besar Pusat Panggilan KWSP, Tuan Haji Bahrudin Jawadi berkongsi pengalaman dalam menguruskan aduan awam.
Sesi soal jawab bersama Ketua Pengarah BPA
Beberapa aduan dan pendapat dikemukakan di program ini.

Ketua Komunikasi Korporat Kementerian Kerja Raya, En Devaraj menerima cenderahati dari Ketua Pengarah BPA

Tuan Haji Bahrudin menerima cenderati selepas perbentangan pengalaman pengurusan aduan KWSP