Seramai 325 orang pengunjung yang terdiri daripada orang awam, ketua kampong, MKK, Badan Bukan Kerajaan dan sebagainya telah hadir ke program ini. |
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Kulim Kedah, Tuan Haji Mohd Zohdi Bin Haji Saad AMK,BCK |
Sebanyak 20 aduan dan telah diterima, dan 58 pertanyaan/ khidmat nasihat telah diberikan sepanjang program berlangsung. |
KAUNTER ADUAN BERGERAK BERSEPADU DAERAH KULIM
Kaunter Aduan Bergerak
Bersepadu (KABB) Bil 2/2012 anjuran Biro Pengaduan Awam Pulau
Pinang/Kedah/Perlis bersama Majlis Perbandaran Kulim Kedah telah diadakan pada 24
Jun 2012 (Ahad) bertempat di Dewan Putra, Kulim, Kedah pada jam 8.30 pagi
hingga 12.30 Petang. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Kulim Kedah,
Tuan Haji Mohd Zohdi Bin Haji Saad AMK,BCK.
Kaunter Pendaftaran telah
dibuka pada jam 8.00 pagi dan jumlah kehadiran bagi program ini adalah seramai 325 orang yang terdiri
daripada orang awam, ketua kampong, MKK, Badan Bukan Kerajaan dan sebagainya.
Jumlah agensi yang terlibat dalam kaunter aduan dan pameran adalah sebanyak 24
kaunter. Terdapat 22 buah kaunter di dalam dewan dan 3 kaunter di khemah.
Jumlah Aduan yang diterima
ialah sebanyak 20 aduan dan jumlah pertanyaan/ khidmat nasihat ialah 58
pertanyaan berkenaan cara – cara membuat aduan, fungsi dan peranan BPA,
pertanyaan prosedur permohonan dan sebagainya. Agensi yang banyak menerima
aduan ialah Majlis Perbandaran Kulim, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Awam
dan Jabatan Kerja Raya bagi isu berkenaan masalah sampah, kerosakan jalan raya
dan sebagainya. Kategori aduan yang dibangkitkan oleh pengadu berkenaan Tiada
Tindakan/Kelewatan, Kekurangan kemudahan Awam atau kegagalan mengikut prosedur
yang ditetapkan.
No comments:
Post a Comment