BPA telah memberikan 18 khidmat nasihat kepada pengunjung yang datang.
|
Kaunter pendaftaran dan khidmat nasihat |
KAUNTER ADUAN BERGERAK DI PADANG HILIRAN KUALA TERENGGANU
Kuala Terengganu – Biro Pengaduan Awam Negeri Kelantan/Terengganu telah membuka kaunter aduan di Tapak Pasar Tani, Padang Hiliran, Kuala Terengganu bersempena dengan program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) pada 31 Mei 2012.
Program ini diadakan bertujuan untuk mendekatkan orang ramai dengan Biro Pengaduan Awam (BPA) selain memberi penerangan dan penjelasan mengenai peranan dan tanggungjawab BPA kepada masyarakat.
Program yang diadakan dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari telah menerima kehadiran 54 pengunjung. Tiada aduan direkodkan dan BPA telah memberikan 18 khidmat nasihat kepada pengunjung yang datang.
No comments:
Post a Comment