Friday, June 22, 2012

KAB SRI AMAN, SARAWAK

Seramai 87 orang pengunjung telah mengunjungi kaunter program dan sebanyak 13 aduan telah diterima daripada orang awam



 
LAPORAN KAUNTER ADUAN BERGERAK SRI AMAN

Sri Aman, Sarawak – Program KAB Sri Aman telah diadakan di Pasar Tamu, Sri Aman pada 21 Jun 2012 (Khamis) mulai jam 9.00 pagi sehingga 1.00 tengahari. 

Program tersebut telah berjaya menarik perhatian penduduk kampung di sekitar bandar Sri Aman. Orang ramai yang hadir berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan fungsi BPA dan kaedah membuat aduan. Sambutan yang diterima adalah menggalakkan dan mewujudkan kesedaran orang ramai terhadap pentingnya membuat aduan untuk mempertingkatkan prestasi jentera kerajaan.

Seramai 87 orang pengunjung telah mengunjungi kaunter program dan sebanyak 13 aduan telah diterima daripada orang awam. Sebanyak 28 khidmat nasihat turut diberikan kepada para pengunjung yang ingin mendapatkan perkhidmatan atau mengetahui lebih lanjut berkenaan peranan dan fungsi Biro Pengaduan Awam. 

No comments:

Post a Comment