Friday, July 27, 2012

KAUNTER ADUAN BERGERAK BERSEPADU (KABB) DAERAH BARAT DAYA










KAUNTER ADUAN BERGERAK BERSEPADU (KABB)
DAERAH BARAT DAYA

BARAT DAYA, 28 Jun 2012 – Biro  Pengaduan  Awam Pulau Pinang/Kedah/Perlis bersama Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya telah menganjurkan program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) bertempat di Dewan Balora Mestika, Balik Pulau, Pulau Pinang hari ini. Program ini telah dirasmikan oleh  YBhg. En. Abdul Aziz bin Ashaari, Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang.
Kaunter Pendaftaran telah dibuka pada jam 8.00 pagi dan telah mencatatkan kehadiran seramai 241 orang yang terdiri dari penjawat awam, pemimpin-pemimpin Masyarakat Setempat, Imam, JKKK dan ahli Kariah. Sebanyak 20 agensi telah terlibat dalam penganjuran program KABB ini.
Program yang bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari telah berjaya menarik minat penduduk setempat untuk memahami fungsi dan peranan Biro Pengaduan Awam serta agensi-agensi kerajaan yang lain.
Sebanyak 10 aduan telah diterima dan 21 pertanyaan dan khidmat nasihat telah diberikan kepada pengunjung yang hadir. Antara agensi yang menerima aduan ialah Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Jabatan Kerja Raya yang mana isu yang diadu adalah berkisar tentang perkhidmatan yang tidak memuaskan seperti ketiadaan penyelenggaraan berkala, tiada tindakan penyelenggaraan, kemudahan yang tidak dikawal selia dengan baik serta keperluan menaik taraf infrastruktur.

MESRA RAKYAT DI PPR SERI SEMARAK KUALA LUMPUR





MESRA RAKYAT DI PPR SERI SEMARAK KUALA LUMPUR


KUALA LUMPUR, 14 Julai 2012 – Biro Pengaduan Awam Kuala Lumpur telah menganjurkan Program MESRA Rakyat bertempat di PPR Seri Semarak, Kuala Lumpur mulai jam 8.30 pagi. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk  Hj. Salleh bin Yusup , Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Dato’ Dr. Tam Weng Wah.

Program yang diadakan secara bersepadu dengan agensi dan jabatan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Jawatankuasa Penduduk PPR Seri Semarak telah berjaya menarik minat hampir 450 orang pengunjung yang terdiri daripada penduduk PPR Seri Semarak sendiri.

Sebanyak 17 wakil dari Jabatan seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengambil bahagian dalam program MESRA ini. Antaranya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Suruhanjaya Pilihan Raya dan Jabatan Pendaftaran Negara. Turut diadakan satu demontrasi cara memadam api oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sebanyak 46 pertanyaan dan 32 aduan telah dikemukakan oleh penduduk sepanjang program dijalankan. Rata-rata penduduk setempat berpendapat program MESRA  adalah satu program yang baik dan harus diadakan secara berkala supaya penduduk boleh mendapat manfaat daripadanya.

MESRA RAKYAT KELANTAN 2012











MESRA RAKYAT KELANTAN 2012

KOTA BHARU, 16 Julai 2012 -  Seramai 750 orang yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu, pemimpin-pemimpin masyarakat, serta masyarakat setempat telah hadir ke Program Mesra Rakyat Kelantan yang telah diadakan di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kota Bharu, Kok Lanas, Ketereh, Kelantan.
Program ini adalah anjuran bersama Biro Pengaduan Awam Kelantan / Terengganu, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan telah dirasmikan oleh Encik Azlan bin Man, Timbalan Ketua Pengarah (Aduan), Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri.
Satu sesi dialog telah diadakan semasa program MESRA berlangsung dan telah dipengerusikan oleh Encik Azlan bin Man, Timbalan Ketua Pengarah (Aduan), Biro Pengaduan Awam. Sesi dialog yang bermula pada jam 10.00 pagi menerima sambutan hangat dimana sebanyak 31 aduan telah direkodkan.
Kebanyakkan isu yang dibangkitkan adalah mengenai kemudahan infrastruktur yang tidak memuaskan dan memerlukan tindakan segera. Sesi dialog ini turut disertai 18 ahli panel yang lain dan terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri.
Selain sesi dialog, pameran turut diadakan di luar dewan besar yang melibatkan Jabatan Kesihatan Negeri, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).

KAB DI POLITEKNIK KOTA BHARU, KELANTAN








KAB DI POLITEKNIK KOTA BHARU, KELANTAN

KOTA BHARU, 16 Julai 2012 – BPA Kelantan / Terengganu telah membuka Kaunter Aduan Bergerak (KAB) bertempat di Politeknik Kota Bharu, Kelantan mulai jam 1.00 petang hingga 4.30 petang. 

Sebanyak 14 aduan diterima pada kali ini dan 20 Khidmat Nasihat diberikan kepada pengunjung. Aduan yang diterima adalah berkaitan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan, Majlis Perbandaran Kota Bharu, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB), Majlis Daerah Ketereh dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Program ini telah menerima sambutan yang menggalakkan dimana hampir 150 orang pengunjung telah hadir ke program ini bagi mengenali dan memahami peranan dan fungsi BPA dengan lebih dekat.

KAB DI MAJLIS DAERAH KETEREH, KELANTAN






KAB DI MAJLIS DAERAH KETEREH, KELANTAN

KOTA BHARU, 17 Julai 2012Biro Pengaduan Awam Kelantan / Terengganu telah membuka Kaunter Aduan Bergerak (KAB) di Majlis Daerah Ketereh, Kelantan bermula dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. 

Sebanyak enam aduan telah diterima dan 12 Khidmat Nasihat telah diberikan kepada pengunjung. Aduan yang diterima adalah berkaitan dengan Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sambutan yang diterima amat menggalakkan, dimana hampir 100 orang pengunjung telah hadir dan memeriahkan Program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) di Majlis Daerah Ketereh. Kebanyakkan pengunjung yang datang ingin mengenali dan memahami peranan dan tanggungjawab BPA dengan lebih dekat.