Monday, June 18, 2012

KAUNTER ADUAN BERGERAK DAERAH ROMPIN



Program sebegini berjaya mendekatkan BPA dengan orang awam.

Pengunjung melawat kaunter BPA untuk mendapatkan info lanjut berkaitan fungsi bpa, medium menyalurkan aduan, serta proses aduan dilaksanakan.






Kaunter Aduan Bergerak (KAB) Daerah Rompin 15-17 Jun 2012

Biro Pengaduan Awam Negeri Pahang telah mengadakan Program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) Daerah Rompin pada 15-17 Jun 2012 iaitu bermula pada hari Jumaat sehingga hari Ahad bertempat di Kuala Rompin, Pahang. Program yang diadakan bersempena Program Larian Obor Sukan Malaysia dan Program Pesta Rompin serta Pekan Sehari Bandar Rompin tersebut telah berjaya menarik minat ramai pengunjung yang berkunjung untuk membuat aduan serta mendapatkan maklumat lanjut berkenaan fungsi BPA.

Para pengunjung juga yang hadir juga mengambil peluang untuk mendapatkan maklumat berkenaan aduan-aduan yang boleh diterima oleh BPA serta berkenaan prosedur pengurusan aduan BPA. Dianggarkan seramai 300 orang telah berkunjung ke KAB Daerah Rompin tersebut.

No comments:

Post a Comment