Tuesday, October 5, 2010

BPA Selangor pada 2 Januari 2010 telah menerima aduan mengenai sebuah kilang yang menjalankan operasi pemotongan gentian kaca fiber yang menyebabkan gangguan bunyi, habuk dan bau kepada kawasan kediaman yang berhampiran.
BPA Selangor telah memanjangkan aduan ini kepada pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) & Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ). Pihak JAS telah mengambil tindakan mengeluarkan notis arahan agar pemilik kilang mengawal pencemaran habuk dan bunyi serta mengendalikan bahan buangan berjadual/toksik selaras dengan kehendak Peraturan Kualiti Alam Sekeliling 2005 dan menghadkan operasi pada waktu siang sahaja. Kompaun juga telah dikeluarkan kerana pihak kilang tidak mengendalikan bahan buangan mengikut kehendak peraturan berkenaan.
Kini masalah pencemaran bunyi, bau dan habuk telah berkurangan dan pihak bertanggungjawab akan memantau bagi memastikan kawasan kediaman tidak terjejas dengan kewujudan kilang berkenaan.