Saturday, December 17, 2011

Perjumpaan KP BPA Bersama KKK & PRO Bil. 3 Tahun 2011

Encik Azlan bin Man, Timbalan Ketua Pengarah (Aduan) BPA telah membentangkan laporan berkala BPA semasa Perjumpaan KP BPA Bersama KKK dan PPA bil 3 Tahun 2011.
Dato' Dr. Tam Weng Wah menyampaikan cenderamata kepada Puan Hajah Zuraidah (Timbalan Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat, KDN) yang membentangkan isu-isu pengurusan aduan sebagai tanda perhargaan.
Dr. Ismail Stapa, Pengarah Jabatan Komunikasi, DBKL turut membentangkan isu-isu dan berkongsi pengalaman menangani aduan pada perjumpaan kali ini.
Ketua Komunikasi Korporat dan Pegawai Perhubungan Awam telah mengemukakan soalan semasa sesi soal jawab.

Tuesday, December 6, 2011

LAWATAN KERJA STATE BUREAU FOR LETTERS AND CALLS KE BPA

Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri Malaysia telah menerima lawatan kerja H.E Encik Wang Yaodong, Timbalan Menteri State Bureau for Letters and Calls, Republik Rakyat China pada 30 November 2011 (Rabu).
H.E Encik Wang Yaodong, Timbalan Menteri State Bureau for Letters and Calls, Republik Rakyat China menandatangani buku pelawat BPA.
YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah, Ketua Pengarah BPA memberi cenderamata kepada H.E Encik Wang Yaodong, Timbalan Menteri State Bureau for Letters and Calls, Republik Rakyat China sebagai tanda penghargaan.
Sesi bergambaran bersama delegasi State Bureau for Letters and Calls, Republik Rakyat China.
Delegasi State Bureau for Letters and Calls, Republik Rakyat China melawat ke program KAB di Jusco Aeon Cheras Selatan.
Pengarah BPA Selangor, Encik Abdul Razak bin Abdul Latif bersama delegasi State Bureau for Letters and Calls, Republik Rakyat China.




KABB DEWAN SERI REMBAU, NEGERI SEMBILAN

Para hadirin daftar di kaunter pendaftaran.
Pegawai Daerah Rembau, Tuan Haji Mohamad Rawi bin Baharom memberikan ucapan dan merasmikan program KABB Dewan Seri Rembau.
Tuan Haji Mohamad Rawi bin Baharom melawat ke kaunter dan memberikan sijil penghargaan kepada wakil agensi dan jabatan yang membuka kaunter semasa program KABB Dewan Seri Rembau.
Orang ramai melawat ke kaunter jabatan/agensi dan mengemukakan aduan kepada agensi yang berkenaan.
Puan Rosma Wati binti Tahir, Pengarah BPA Melaka / Negeri Sembilan memberikan ucapan alu-aluan di Program KABB Dewan Seri Rembau.

KABB BATU PAHAT

KABB Batu Pahat dianjurkan oleh BPA Negeri Johor telah diadakan pada 26 November 2011 di Summit Parade, Batu Pahat.
Orang ramai membuat aduan di kaunter aduan semasa program KABB Batu Pahat.
Selain daripada BPA, jabatan dan agensi awam yang lain turut berserta dalam program KABB Batu Pahat.


YB Dato' Hj Abd. Razak bin Hassan, Pegawai Daerah Batu Pahat melawat ke kaunter di KABB Batu Pahat selepas perasmian program.
YB Dato' Hj Abd. Razak bin Hassan memberikan cenderamata kepada Pengurus Summit Parade, Batu Pahat sebagai tanda penghargaan.
Encik Marshall a/l S.J Rajaiah, Pengarah BPA Johor memberikan cenderamata kepada YB Dato' Hj Abd. Razak bin Hassan selepas perasmian program.

Thursday, November 24, 2011

KABB Kuala Kangsar, Perak

Ucapan Perasmian dari Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Chandan, Dato' Ar. Haji Wan Mohd Khair-il Anuar bin Wan Ahmad.
Kehadiran orang ramai di majlis KABB.
ADUN Bukit Chandan mencuba peralatan PDRM.
Aktiiti derma darah juga diadakan bagi mengumpul tabung darah.
Petugas BPA melayani pengadu yang mengemukakan aduan.

Anugerah Kaunter dan Pameran terbaik.
Kehadiran yang menggalakan.
Kaunter aduan terbaik.

Thursday, November 17, 2011

Program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) SMK Nusajaya

Program Kaunter Aduan Bergerak (KAB) diadakan bersempena Hari Ko-Kurikulum SMK Nusajaya dan pihak sekolah telah menjemput BPA Johor untuk membuka kaunter di program berkenaan.
Penghadir program telah mengemukakan aduan di Kaunter Aduan Bergerak BPA.

Friday, November 11, 2011

Program KABB Perlis

Program KABB Perlis telah dianjurkan oleh BPA Pulau Pinang / Kedah / Perlis dengan kerjasama daripada Pejabat SUK Perlis pada 10 November 2011 di Kangar, Perlis.
Selepas perasmian Program KABB Perlis, tetamu-tetamu jemputan telah melawat ke kaunter jabatan / agensi.
Satu sidang media telah diadakan selepas perasmian Program KABB Perlis.

Program KABB Sabak Bernam

YM Tengku Adnin bin Tengku Adnan, Pengarah Bahagian Perancangan, Inovasi dan Penyelarasan, Biro Pengaduan Awam, telah memberi ucapan alu-aluan semasa Program KABB di Sabak Bernam.
Tuan Mohd Hadhir bin Othman, Ketua Penolong Pegawai Daerah, Unit Tanah, Sabak Bernam telah merasmikan Program KABB Sabak Bernam.

Selepas perasmian Program KABB, YM Tengku Adnin telah melawat ke kaunter-kaunter Jabatan / Agensi.
YM Tengku Adnin telah melawat ke kaunter bergerak Lembaga Zakat Malaysia.

Pegawai Lembaga Zaka Malaysia telah memberikan penerangan kepada para hadirin jemputan tentang fungsi kaunter bergerak.
Demonstrasi 'Water Rocket' daripada kakitangan-kakitangan Jabatan Pelajaran Daerah Sabak Bernam.

Tuesday, October 11, 2011

Mesyuarat Lembaga Penasihat BPA Bil 2/Tahun 2011

Mesyuarat Lembaga Penasihat BPA Bil 2/ Tahun 2011 telah diadakan pada 11 Oktober 2011, pukul 2.30 petang di Bilik Mesyuarat Utama BPA.
Ahli-ahli Lembaga Penasihat BPA.
Sesi bergambaran selepas mesyuarat.

Monday, October 10, 2011

Program KABB Dewan Orang Ramai Semenyih, Hulu Langat

Program KABB BPA Selangor telah diadakan di Dewan Orang Ramai Semenyih, Hulu Langat pada 8 Oktober 2011.
Orang ramai beratur di depan kaunter pendaftaran untuk mendaftar sebelum masuk ke dalam dewan.
Encik Param, Pegawai Aduan dari Ibu Pejabat BPA turut hadir ke Program KABB Hulu Langat.
Agensi-agensi yang membuka kaunter semasa Program KABB telah membawa sekali peralatan-peralatan IT untuk memudahkan urusan aduan yang dikemukakan oleh orang ramai.
Program KABB di Daerah Hulu Langat telayh mendapat sambutan hebat dari penduduk setempat.
Encik Aziz bin Ismail, Pengarah Aduan BPA telah memberikan ucapan alu-aluan semasa Program KABB dilangsungkan.
Puan Luraashy binti Hassim, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Khidmat Pengurusan) Hulu Langat telah merasmikan Program KABB.
Ketua Pengarah BPA, Dato' Dr. Tam Weng Wah turut hadir ke Program KABB dan melawat ke kaunter-kaunter agensi.
YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah bersama dengan kakitangan-kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara.