Wednesday, June 20, 2012

KAB SARATOK, SARAWAK

Seramai 115 orang pengunjung hadir untuk membuat aduan dan mendapatkan maklumat berkaitan BPA.

Sebanyak 22 aduan telah direkodkan.     


LAPORAN KAUNTER ADUAN BERGERAK (KAB)

Saratok, Sarawak – Program KAB telah diadakan di  Pasar Saratok pada pada 19 Jun 2012 (Selasa) dari 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Masyarakat setempat berminat untuk mengetahui fungsi dan peranan BPA sebagai agensi pengurusan aduan. Melalui program ini, orang ramai didedahkan tentang kaedah membuat aduan awam untuk mempertingkatkan perkhidmatan jentera Kerajaan. 

Program tersebut telah berjaya menarik perhatian penduduk kampung di sekitar daerah Sarawak. Seramai 115 orang pengunjung telah mengunjungi kaunter program dan sebanyak 22 aduan telah diterima daripada orang awam. Sebanyak 9 khidmat nasihat turut diberikan kepada orang ramai dalam program ini. Kebanyakan aduan yang diterima adalah mengenai masalah kenaikan elaun Ketua Masyarakat, kemudahan awam di sekitar Saratok perlu diselenggara dan jalan perlu dinaiktarafkan.

No comments:

Post a Comment