Thursday, January 12, 2012

Perjumpaan KP BPA dengan TKSU-TKSU Kementerian Tahun 2012

Perjumpaan Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam dengan Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Tahun 2012 telah berjaya diadakan pada 12 Januari 2012 (Khamis) di Bilik Persidangan, Blok B1, Kompleks JPM.
Perjumpaan kali ini mendapat sambutan hebat daripada TKSU-TKSU Kementerian. Terdapat 15 orang TKSU dan 16 orang SUB, KKK dan PRO telah menghadiri ke perjumpaan ini.

Dari kiri: Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), Kementerian Pengangkutan, YBhg. Dato' Yap Kin Sian, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Kesihatan, YBhg. Dato' Dr. Mohd Azhar bin Haji Yahaya.

Perhimpunan Bulanan BPA (Januari Tahun 2012)

Ketua Pengarah BPA menyampai sijil kepada BPA Negeri Sarawak yang dapat membuat pembayaran bil sempurna kurang dari 7 hari tahun 2011.
Perjumpaan Bulanan BPA pertama bagi tahun 2012 telah diadakan pada 11 Januari 2012 (Rabu) di Dewan Serbaguna, Aras 3, Blok B1, Kompleks JPM.

Pengarah BPA Pulau Pinang / Kedah / Perlis telah menerima sijil daripada YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam.
Dari kiri: Timbalan Ketua Pengarah (Aduan), Encik Azlan bin Man, Ketua Pengarah, Dato' Dr. Tam Weng Wah, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Puan Rogayah binti A.Bakar.