Tuesday, June 18, 2013

Program KABB Seremban


Sukacita dimaklumkan bahawa BPA Melaka/Negeri Sembilan akan mengadakan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) seperti ketetapan berikut :

TARIKH     :        23 Jun 2013 (Ahad)

MASA        :        8.00 pagi hingga 2.00 petang

TEMPAT    :       Pusat Komersial Senawang, Seremban
                   

Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) merupakan salah satu program proaktif BPA yang memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan khidmat nasihat, membuat aduan dan memberi maklum balas terhadap BPA serta  agensi-agensi kerajaan di samping merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat.
 
Orang ramai adalah dijemput hadir. Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Encik Mohd Faisal bin Rahman di talian 06-2345890 atau e-mel ke faisal@pcb.gov.my.

 

No comments:

Post a Comment