Tarikh : 14 Jun 2013 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Kota Tinggi, Johor.
Program MESRA Rakyat merupakan salah satu program proaktif BPA yang memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan khidmat nasihat, membuat aduan dan memberi maklum balas terhadap BPA serta agensi-agensi kerajaan disamping merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat.
Orang ramai adalah dijemput hadir ke program ini. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, sila hubungi Encik Marshall Theagarajah di talian 07-223 0900 atau emel ke marshall@pcb.gov.my.
Sekian.
Unit Komunikasi Korporat
Biro Pengaduan Awam
No comments:
Post a Comment