Tuesday, June 18, 2013

Program KABB Telupid


Sukacita dimaklumkan bahawa BPA Negeri Sabah akan mengadakan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) seperti berikut :
 

TARIKH     :        22 JUN 2012 (Sabtu)

MASA        :        8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari

TEMPAT   :        Perkarangan SEDCO Pekan Telupid, Sabah

 
Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) merupakan salah satu program proaktif BPA yang memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan khidmat nasihat, membuat aduan dan memberi maklum balas terhadap BPA serta  agensi-agensi kerajaan di samping merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat.

Selain pembukaan kaunter oleh  28 agensi dan Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang didatangkan dari Daerah Telupid, Beluran, Sandakan serta Kota Kinabalu,  beberapa aktiviti  tambahan turut disediakan  untuk orang ramai seperti :

i.            Pemeriksaan Kesihatan  dan Pemeriksaan Gigi secara percuma
     ii.            Kempen Derma Darah oleh Hospital Beluran
     iii.           Kaunter Perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ)
                  a.   Pembaharuan Lesen
                  b.   Pembaharuan Cukai Jalan
                  c.   Semakan Saman / senarai Hitam
    iv.          Pemeriksan Bil Air oleh Jabatan Bekalan Air Negeri Sabah
    v.           Sesi temuduga oleh majikan, anjuran Jabatan Tenaga Kerja Sabah.

 
Orang ramai adalah dijemput hadir ke program tersebut.  Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Encik Georgie Abas ditalian 088-280300 atau e-mel ke georgie@pcb.gov.my).

No comments:

Post a Comment