Friday, August 2, 2013

8 Jun 2013 - Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) Di Port Dickson

PORT DICKSON, 8 JUN 2013 – Biro Pengaduan Awam (BPA) Melaka/Negeri Sembilan telah mengadakan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) di Tempat Parkir Giant Superstore Lukut. Program ini adalah anjuran bersama BPA Melaka/Negeri Sembilan Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson, Majlis Perbandaran Port Dickson dan Giant Superstore Lukut. Program ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Tun Hairudin Bin Abu Bakar, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan dan Kepenggunaan Negeri Sembilan.
Sebanyak 27kaunter yang mewakili pelbagai jabatan dan agensi kerajaan telah menyertai program ini. Antara agensi yang terlibat adalah Pejabat Daerah & Tanah Port Dickson, Majlis Perbandaran Port Dickson, Jabatan Kerja Raya Daerah Port Dickson dan Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Port Dickson. Selain menerima aduan, program KABB ini turut menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada para pengunjung seperti khidmat nasihat dan pameran pendedahan informasi mengenai jabatan dan agensi yang terlibat.
Seramai 100 orang pengunjung telah menghadiri program ini dan sebanyak 33 Aduan telah direkodkan sepanjang program berlangsung.Kebanyakan pengunjung berpuas hati dengan program yang dianjurkan dan berharap agar program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.



No comments:

Post a Comment