KOTA
TINGGI, 14 JUN 2013 –
Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Johor telah mengadakan Program MESRA Rakyat Daerah Kota Tinggi di Dewan Jubli Intan Sultan
Ibrahim, Kota TInggi, Johor. Program ini adalah anjuran bersama BPA Negeri
Johor dengan Pejabat Daerah Kota Tinggi. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan
Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tuan Haji Norizan bin Kulop.
Sebanyak 18 kaunter yang mewakili pelbagai jabatan dan agensi
kerajaan telah menyertai program ini. Antara agensi yang terlibat adalah
Pejabat Daerah Kota Tinggi, Majlis Daerah Kota Tinggi, Jabatan Kerja Raya
Daerah Johor Bahru dan Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor. Selain menerima aduan, program MESRA turut mengadakan sesi dialog bersama jabatan dan agensi
yang terlibat dengan penduduk setempat.
Sesi dialog ini telah
dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tuan Haji Norizan
bin Kulop dan sambutan yang diterima daripada penduduk setempat sangat
menggalakkan. Seramai 480 orang pengunjung telah direkodkan hadir ke program
ini yang terdiri daripada penduduk setempat, Badan Bukan Kerajaan dan Pemimpin
Masyarakat. Sebanyak 65 Aduan telah diterima
dan direkodkan sepanjang program berlangsung. Kebanyakan
pengunjung yang hadir berpuas hati dengan program MESRA Rakyat ini dan berharap
agar program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment