Tuesday, June 18, 2013

Program MESRA Rakyat Daerah Gerik


Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Pengaduan Awam, Negeri Perak akan mengadakan Program Mesra Rakyat (MESRA) seperti berikut :

TARIKH : 22 Jun 2012 (Sabtu)

MASA : 8.00 pagi – 1.00 petang

TEMPAT : Dewan Serbaguna Majlis Daerah Gerik

 
Program MESRA Rakyat merupakan salah satu program proaktif BPA yang memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan khidmat nasihat, membuat aduan dan memberi maklum balas terhadap BPA serta agensi-agensi kerajaan di samping merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat.

 
Orang ramai adalah dijemput hadir ke program tersebut. Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Puan Rahilah Fahimah binti Ahmad di talian 05-2558500 atau e-mel ke rahilah@pcb.gov.my)

No comments:

Post a Comment