Friday, July 27, 2012

MESRA RAKYAT KELANTAN 2012











MESRA RAKYAT KELANTAN 2012

KOTA BHARU, 16 Julai 2012 -  Seramai 750 orang yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu, pemimpin-pemimpin masyarakat, serta masyarakat setempat telah hadir ke Program Mesra Rakyat Kelantan yang telah diadakan di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kota Bharu, Kok Lanas, Ketereh, Kelantan.
Program ini adalah anjuran bersama Biro Pengaduan Awam Kelantan / Terengganu, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan telah dirasmikan oleh Encik Azlan bin Man, Timbalan Ketua Pengarah (Aduan), Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri.
Satu sesi dialog telah diadakan semasa program MESRA berlangsung dan telah dipengerusikan oleh Encik Azlan bin Man, Timbalan Ketua Pengarah (Aduan), Biro Pengaduan Awam. Sesi dialog yang bermula pada jam 10.00 pagi menerima sambutan hangat dimana sebanyak 31 aduan telah direkodkan.
Kebanyakkan isu yang dibangkitkan adalah mengenai kemudahan infrastruktur yang tidak memuaskan dan memerlukan tindakan segera. Sesi dialog ini turut disertai 18 ahli panel yang lain dan terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri.
Selain sesi dialog, pameran turut diadakan di luar dewan besar yang melibatkan Jabatan Kesihatan Negeri, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).

No comments:

Post a Comment