Friday, July 27, 2012

MESRA RAKYAT DI PPR SERI SEMARAK KUALA LUMPUR





MESRA RAKYAT DI PPR SERI SEMARAK KUALA LUMPUR


KUALA LUMPUR, 14 Julai 2012 – Biro Pengaduan Awam Kuala Lumpur telah menganjurkan Program MESRA Rakyat bertempat di PPR Seri Semarak, Kuala Lumpur mulai jam 8.30 pagi. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk  Hj. Salleh bin Yusup , Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Dato’ Dr. Tam Weng Wah.

Program yang diadakan secara bersepadu dengan agensi dan jabatan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Jawatankuasa Penduduk PPR Seri Semarak telah berjaya menarik minat hampir 450 orang pengunjung yang terdiri daripada penduduk PPR Seri Semarak sendiri.

Sebanyak 17 wakil dari Jabatan seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengambil bahagian dalam program MESRA ini. Antaranya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Suruhanjaya Pilihan Raya dan Jabatan Pendaftaran Negara. Turut diadakan satu demontrasi cara memadam api oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sebanyak 46 pertanyaan dan 32 aduan telah dikemukakan oleh penduduk sepanjang program dijalankan. Rata-rata penduduk setempat berpendapat program MESRA  adalah satu program yang baik dan harus diadakan secara berkala supaya penduduk boleh mendapat manfaat daripadanya.

No comments:

Post a Comment