Thursday, July 5, 2012

KABB MUKAH SARAWAK

Seramai 324 orang pengunjung telah hadir ke porgram ini.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad, Ahli Parlimen 213 Mukah.


Sebanyak 73 kes aduan dan 8 kes bukan aduan telah diterima sepanjang program berlangsung. 


KAUNTER ADUAN BERGERAK BERSEPADU (KABB)
BAHAGIAN MUKAH, SARAWAK

MUKAH – Dengan kerjasama dengan Pejabat Residen Bahagian Mukah, Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) anjuran Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Perdana Menteri berjaya diadakan di Lot Parkir Pasar Lama Mukah pada 30 Jun 2012 bagi mengetahui isu dan permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat setempat.

Program KABB di Bahagian Mukah yang berlangsung dari 8 pagi hingga 1.00 petang  telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad, Ahli Parlimen 213 Mukah. Yang turut hadir ke program, Tuan Tuan Haji Saudi Bin Haji Narani, Residen Bahagian Mukah dan Puan Biti Anak Anggot, Pengarah BPA Negeri Sarawak. Sebanyak 20 agensi Persekutuan dan Kerajaan Negeri telah mengambil bahagian dalam program ini iaitu Pejabat Residen Bahagian Mukah, Pejabat Daerah Mukah, Majlis Daerah Dalat & Mukah, Pusat Talikhidmat, Jabatan Tanah & Survei Bahagian Mukah, Jabatan Kerja Raya Mukah, Jabatan Pertanian Mukah, Jabatan Kebajikan Masyarakat Mukah, Syarikat SESCO Berhad, Pejabat Agama Islam Bahagian Mukah, Pejabat Kesihatan Bahagian Mukah, Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah, Jabatan Pengangkutan Jalan Bahagian Mukah, Jabatan Pendaftaran Daerah Mukah, Jabatan Imigresen Bahagian Mukah, Pejabat Kesihatan Bahagian Mukah, Pejabat Pelajaran Daerah Mukah, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Mukah, Pertubuhan Keselamatan Sosial, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Sarawak Corridor of Renewable Energy.

Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan berjaya menarik perhatian lebih kurang 324 pengunjung yang terdiri daripada wakil-wakil Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Ketua-ketua Kaum, Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Pengerusi Persatuan serta orang awam. KABB yang julung kali diadakan di Mukah ini telah memberikan pendedahan kepada masyarakat setempat mengenai peranan dan tanggungjawab BPA sebagai agensi menguruskan aduan awam dan mencari langkah penyelesaian yang sesuai bagi mengatasi masalah yang dikemukakan oleh orang ramai. Saringan kesihatan juga diberikan oleh pihak Pejabat Kesihatan Bahagian Mukah kepada orang ramai secara percuma.

Daripada jumlah kehadiran, sejumlah 73 kes aduan dan 8 kes bukan aduan diterima. Secara keseluruhan, masalah yang dihadapi oleh penduduk-penduduk di Bahagian Mukah adalah tertumpu kepada isu jalan raya yang tidak memuaskan, tekanan air rendah, bil air tidak diterima pada waktu yang ditetapkan, kekurangan kemudahan awam dan sebagainya. Melalui program KABB ini, masyarakat Bahagian Mukah telah didedahkan dengan peranan dan fungsi BPA sebagai agensi menguruskan aduan awam dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dengan lebih mendalam manakala agensi-agensi Kerajaan berkesempatan untuk turun padang, mendengar dan memahami aduan masyarakat setempat.

No comments:

Post a Comment