KAB DI
POLITEKNIK KOTA BHARU, KELANTAN
KOTA
BHARU, 16 Julai 2012 – BPA Kelantan / Terengganu telah membuka Kaunter
Aduan Bergerak (KAB) bertempat di Politeknik Kota Bharu, Kelantan mulai jam
1.00 petang hingga 4.30 petang.
Sebanyak 14 aduan diterima pada kali ini dan 20
Khidmat Nasihat diberikan kepada pengunjung. Aduan yang diterima adalah
berkaitan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan
Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan
Pelajaran Negeri Kelantan, Majlis Perbandaran Kota Bharu, Jabatan Pengairan dan
Saliran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB),
Majlis Daerah Ketereh dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Program ini telah menerima sambutan yang
menggalakkan dimana hampir 150 orang pengunjung telah hadir ke program ini bagi
mengenali dan memahami peranan dan fungsi BPA dengan lebih dekat.
No comments:
Post a Comment