Friday, July 27, 2012

KAUNTER ADUAN BERGERAK BERSEPADU (KABB) DAERAH BARAT DAYA










KAUNTER ADUAN BERGERAK BERSEPADU (KABB)
DAERAH BARAT DAYA

BARAT DAYA, 28 Jun 2012 – Biro  Pengaduan  Awam Pulau Pinang/Kedah/Perlis bersama Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya telah menganjurkan program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) bertempat di Dewan Balora Mestika, Balik Pulau, Pulau Pinang hari ini. Program ini telah dirasmikan oleh  YBhg. En. Abdul Aziz bin Ashaari, Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang.
Kaunter Pendaftaran telah dibuka pada jam 8.00 pagi dan telah mencatatkan kehadiran seramai 241 orang yang terdiri dari penjawat awam, pemimpin-pemimpin Masyarakat Setempat, Imam, JKKK dan ahli Kariah. Sebanyak 20 agensi telah terlibat dalam penganjuran program KABB ini.
Program yang bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari telah berjaya menarik minat penduduk setempat untuk memahami fungsi dan peranan Biro Pengaduan Awam serta agensi-agensi kerajaan yang lain.
Sebanyak 10 aduan telah diterima dan 21 pertanyaan dan khidmat nasihat telah diberikan kepada pengunjung yang hadir. Antara agensi yang menerima aduan ialah Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Jabatan Kerja Raya yang mana isu yang diadu adalah berkisar tentang perkhidmatan yang tidak memuaskan seperti ketiadaan penyelenggaraan berkala, tiada tindakan penyelenggaraan, kemudahan yang tidak dikawal selia dengan baik serta keperluan menaik taraf infrastruktur.

No comments:

Post a Comment