Monday, July 2, 2012

KAB DEWAN MBMB TELOK MAS MELAKA




Seramai 84 orang telah mengunjungi kaunter BPA sepanjang dua hari program berlangsung.




LAPORAN KAUNTER ADUAN BERGERAK (KAB) DI DEWAN MBMB TELOK MAS, MELAKA


Biro Pengaduan Awam Melaka / Negeri Sembilan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan Kaunter Aduan Bergerak (KAB) pada 30 Jun 2012 (Sabtu) dan 01 Julai 2012 (Ahad) bertempat di tapak Dewan MBMB Telok Mas, Melaka. Pembukaan kaunter ini diadakan bersempena jemputan Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri (JPJ) Melaka untuk Membuka Kaunter Pertanyaan, Pameran atau Gerai Sempena Program Satu Komuniti, Satu JPJ (SKSJ) 2012 DUN Telok Mas, Melaka.  Majlis Penutupan Program SKSJ ini telah disempurnakan oleh Y.B. Datuk  Wira Latiff bin Datuk Hj Tamby Chik, ADUN Telok Mas, Melaka

        BPA telah mengambil peluang dengan pembukaan kaunter ini untuk menarik orang ramai untuk mendapatkan penjelasan serta penerangan berkenaan fungsi Biro Pengaduan Awam kepada rakyat.  Program ini dapat mendekatkan lagi pihak BPA dengan orang awam. Selain daripada itu dapat menyumbang dan menyokong kepada matlamat merealisasikan slogan 'Rakyat di Dahulukan Pencapaian di Utamakan'. 

        Pada 30 Jun 2012 (Sabtu) kehadiran jemputan ke kauntar BPA adalah seramai 22 orang dan pada 01 Julai 2012 adalah seramai 62 orang yang membawa jumlah 84 orang pengunjung ke kaunter BPA Melaka/Negeri Sembilan dan aduan yang diterima sebanyak 4 aduan yang meliputi aduan dan bukan aduan.

No comments:

Post a Comment