KAUNTER ADUAN BERGERAK (KAB) KUCHING SARAWAK
Kuching-–
Program KAB telah diadakan di Boulevard
Shopping Mall, Kuching, Sarawak pada 07
Julai 2012 (Sabtu) yang dibuka mulai jam 2.00 petang sehingga 6.00 petang
sempena Dayak Cultural Fest 2012 anjuran Sarawak Tribune Press Sdn. Bhd.
Program
tersebut telah menarik perhatian para pengunjung yang datang membeli-belah di Boulevard
Shopping Mall, Kuching. Orang ramai berminat untuk mengetahui lebih lanjut
tentang fungsi dan peranan Biro Pengaduan Awam dan telah didedahkan dengan
informasi yang berkaitan serta jenis dan kaedah membuat aduan. Program ini
lebih berbentuk program kesedaran (awareness)
kepada pengunjung yang bukan hanya datang dari Bandaraya Kuching malah kawasan
sekitarnya.
Kira-kira
seramai 112 orang pengunjung telah mengunjungi kaunter program KAB ini dan
sebanyak dua aduan telah diterima daripada orang awam. Sebanyak tiga puluh khidmat nasihat turut diberikan kepada para pengunjung.
No comments:
Post a Comment