Monday, August 5, 2013

PROGRAM KABB TERJAH KEMAMAN


KEMAMAN- 4 Julai 2013- Program Kaunter Aduan Bergerak (KABB) Kemaman telah diadakan pada 4 Julai 2013 (Khamis) bertempat di tapak Medan Selera, berhadapan Bangunan TNB, Kemaman, Terengganu. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Puan Anis Rizana binti Mohd Zainudin, Timbalan Ketua Pengarah (Aduan), Biro Pengaduan Awam, Putrajaya. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah Korporat dan Perhubungan Awam, Majlis Perbandaran Kemaman, Encik Abdul Hadi bin Wahab.

Program ini merupakan kerjasama Biro Pengaduan Awam Negeri Terengganu/Kelantan, dengan kerjasama Pejabat Tanah Kemaman. KABB kali ini melibatkan sebanyak 13 agensi Persekutuan, Negeri dan Badan-badan berkanun yang telah membuka kaunter masing-masing.

Selain perkhidmatan kuanter, agensi-agensi juga telah menyediakan perkhidmatan seperti pemeriksaan kesihatan percuma, pembayaran cukai tanah dan semakan senarai hitam oleh agensi yang terlibat.
Program yang bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari ini telah dihadiri oleh 70 orang tempatan dan sebanyak 20 kes aduan telah direkodkan sepanjang program berlangsung.





No comments:

Post a Comment