Program ini berlangsung
mulai jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari dan telah berjaya menarik seramai 35
orang pengunjung untuk mengunjungi kaunter KAB Kampung Bunuk. Program ini
diadakan untuk memberi pendedahan tentang fungsi dan peranan BPA, kaedah
membuat aduan serta skop aduan yang diuruskan oleh BPA selain mempromosikan BPA
kepada masyarakat setempat.
Selain menerima
aduan, para pengunjung turut mendapatkan khidmat nasihat daripada para petugas.
Sebanyak 15 khidmat nasihat telah diberikan kepada pengunjung dan dua aduan
telah diterima sepanjang program berlangsung.
No comments:
Post a Comment