Friday, March 8, 2013

MAJLIS TAKLIMAT KEPADA KETUA PENGARAH BPA BARU

PUTRAJAYA, 3 Januari 2013 – Majlis taklimat kepada Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam yang baru, YBhg. Datin Mahani Tan binti Abdullah telah diadakan pada 3 Januari 2013 bertempat di Biro Pengaduan Awam Putrajaya. Majlis ini turut dihadiri oleh Encik Azlan bin Man, Timbalan Ketua Pengarah (Aduan), Puan Rogayah binti A, Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) serta Pengarah-Pengarah Bahagian yang lain.

YBhg. Datin Mahani Tan semasa dalam majlis taklimat ini menyatakan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga BPA dan berharap agar semua warga BPA dapat meneruskan kecemerlangan dan sentiasa bersedia menerima perubahan dan penambahbaikan yang akan dilakukan.
Beliau juga mengharapkan agar semua warga BPA akan memahami konsep transformasi yang dicetuskan oleh YAB Perdana Menteri serta meningkatkan mutu perkhidmatan selaras dengan hasrat Ketua Setiausaha Negara.





No comments:

Post a Comment