Friday, March 8, 2013

MAJLIS PERPISAHAN YANG BERBAHAGIA DATO’ DR. TAM WENG WAH, KETUA PENGARAH BIRO PENGADUAN AWAM

PUTRAJAYA, 28 Disember 2012 – Majlis perpisahan YBhg. Dato’ Dr. Tam Weng Wah telah diadakan pada 28 Disember bertempat di Biro Pengaduan Awam Putrajaya. Beliau akan berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya mulai 1 Januari 2013 melahirkan rasa syukur dan bertuah kerana telah terpilih untuk meneraju BPA selama lebih 4 tahun. Tugas beliau akan disandang oleh YBhg. Datin Mahani Tan binti Abdullah.

Setelah lebih 4 tahun memegang jawatan Ketua Pengarah BPA, pelbagai cabaran telah beliau tempuhi dan harungi dalam mendepani cabaran pengurusan aduan awam yang berkualiti. Penambahbaikan pengurusan aduan awam dapat dilihat dengan terhasilnya Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2009; Penambahbaikan Proses Pengurusan Aduan Awam.

Dato’ Dr. Tam Weng Wah telah menyempurnakan clock-out terakhir beliau pada jam 5.30 petang di sini. Beliau mengucapkan selamat maju jaya kepada semua kakitangan BPA dan berharap agar pengurusan aduan akan terus mencapai kejayaan yang cemerlang di bawah teraju Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam yang baru.












No comments:

Post a Comment