Monday, May 28, 2012

LAPORAN KAUNTER ADUAN BERGERAK BERSEPADU (KABB) ALOR GAJAH, MELAKA

                                    
YB Datuk Hjh. Norpipah Binti Abdol, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Wanita, Pembangunan Keluarga Dan Kebajikan serta Dato'Dr Tam Weng Wah hadir ke program KABB Alor Gajah Melaka

Kaunter pendaftaran dan khidmat nasihat


Seramai 165 orang telah hadir ke program KABB Alor Gajah

Sebanyak 34 agensi dan jabatan kerajaan telah terlibat membuka kaunter aduan perkhidmatan pameran.

Sebanyak 86 aduan telah diterima dan direkodkan oleh agensi kerajaan yang mengambil bahagian sepanjang tempoh program tersebut diadakan.

YB Datuk Hjh. Norpipah Binti Abdol, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Wanita, Pembangunan Keluarga Dan Kebajikan menyampaikan sijil penghargaan

Sesi bergambar

LAPORAN KAUNTER ADUAN BERGERAK BERSEPADU (KABB) ALOR GAJAH, MELAKA
                                                
Biro Pengaduan Awam Melaka/Negeri Sembilan, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah telah mengadakan Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) pada 27 Mei 2012 (Ahad) bertempat di Dataran Keris, Alor Gajah, Melaka. Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Hjh. Norpipah Binti Abdol, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Wanita, Pembangunan Keluarga Dan Kebajikan. Program ini juga turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Idrus Bin Md. Jani,  Pegawai Daerah Alor Gajah serta YBhg. Dato’ Tam Weng Wah, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri.

Program ini telah mendapat kerjasama sepenuhnya daripada agensi/jabatan kerajaan di Daerah Alor Gajah dan Negeri Melaka yang mana sebanyak 34 agensi/jabatan kerajaan telah terlibat membuka kaunter aduan/perkhidmatan/pameran. Antara agensi/jabatan lain yang terlibat adalah Pejabat Daerah & Tanah Alor Gajah,  Majlis Perbandaran Alor Gajah, Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Ketua Menteri Negeri Melaka, Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah, Jabatan Kerja Raya Daerah Alor Gajah, Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah, Hospital Daerah Alor Gajah, Klinik Pergigian Daerah Alor Gajah, Pejabat Penerangan Daerah Alor Gajah, Balai Bomba Dan Penyelamat Daerah Alor Gajah, Pejabat Agama Islam Daerah Alor Gajah, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Alor Gajah, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Melaka, Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka, Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Melaka, Pejabat Pertanian Daerah Alor Gajah, Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Melaka, Jabatan Tenaga Kerja Negeri Melaka, Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Daerah Alor Gajah, Jabatan Perikanan Negeri Melaka, Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Alor Gajah, Pos Malaysia Berhad Negeri Melaka, Lembaga Tabung Haji Cawangan Alor Gajah, Pejabat RELA Daerah Alor Gajah, Syarikat Air Melaka Berhad Cawangan Alor Gajah,  Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Melaka, Pertubuhan Keselamatan Sosial Negeri Melaka, Telekom Malaysia Berhad Negeri Melaka, Tenaga Nasional Berhad Negeri Melaka, Jabatan Perhilitan Negeri Melaka, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Daerah Alor Gajah, SWM Environment Sdn Bhd Negeri Melaka dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd Negeri Melaka.


Kehadiran orang ramai sepanjang program ini amat menggalakkan iaitu seramai 165 orang telah hadir ke program ini dan sebanyak 86 aduan telah diterima dan direkodkan oleh agensi kerajaan yang mengambil bahagian sepanjang tempoh program tersebut diadakan.

No comments:

Post a Comment