Kira-kira seramai 25 orang pengunjung telah mengunjungi kaunter program KAB |
satu (1) aduan telah diterima daripada orang awam. Sebanyak tiga (3) khidmat nasihat turut diberikan kepada para pengunjung. |
India Street, Kuching Sarawak – Program KAB India Street telah diadakan di India Street Pedestrian Mall, Kuching pada 19 Mei 2012 (Sabtu) yang dibuka mulai jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.
Program tersebut telah menarik perhatian para pengunjung yang datang membeli-belah di India Street Pedestrian Mall, Kuching. Orang ramai berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang fungsi dan peranan Biro Pengaduan Awam dan telah didedahkan dengan informasi yang berkaitan serta jenis dan kaedah membuat aduan. Program ini lebih berbentuk program kesedaran (awareness) kepada pengunjung yang bukan hanya datang dari Bandaraya Kuching malah kawasan sekitarnya.
Kira-kira seramai 25 orang pengunjung telah mengunjungi kaunter program KAB ini dan sebanyak satu (1) aduan telah diterima daripada orang awam. Sebanyak tiga (3) khidmat nasihat turut diberikan kepada para pengunjung.
No comments:
Post a Comment