Thursday, May 24, 2012

KAUNTER ADUAN BERGERAK BERSEPADU (KABB) ROMPIN


Kaunter pendaftaran dan Khidmat nasihat

dianggarkan kira-kira 250 orang pengunjung memeriahkan majlis

Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Rompin turut menjayakan program KABB

Antara agensi dan jabatan yang mengambil bahagian dalam program KABB Daerah Rompin

PROGRAM KAUNTER ADUAN BERGERAK BERSEPADU (KABB) ROMPIN
ROMPIN -22 Mei 2012 – Seramai 250 orang pengunjung dianggar telah bersama-sama memeriahkan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) Daerah Rompin yang diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuala Rompin, Pahang.
Program yang diadakan oleh Biro Pengaduan Awam Negeri Pahang dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Daerah Rompin ini melibatkan 21 agensi persekutuan, negeri, badan berkanun dan swasta yang telah bersama-sama membuka kaunter aduan masing-masing semasa program berlangsung. Beberapa agensi turut sama membuka kaunter pameran bagi memberikan maklumat berhubung agensi masing-masing kepada pengunjung yang hadir.
Sebanyak 73 kes aduan dan bukan aduan telah direkodkan sepanjang program berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 4.00 petang.

No comments:

Post a Comment