Wednesday, May 23, 2012

KAB KAMPUNG BUNTAL


Kira-kira seramai 40 orang pengunjung telah mengunjungi kaunter program
 
sebanyak sebelas (11) aduan telah diterima daripada orang awam dan sebanyak 6 khidmat nasihat turut diberikan kepada para pengunjung

Kampung Buntal, Kuching, Sarawak – Program KAB Kampung Buntal telah diadakan di Kampung Buntal pada 18 Mei 2012 (Jumaat) yang dibuka mulai jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.
Program tersebut telah berjaya menarik perhatian penduduk setempat. Kehadiran orang ramai yang berminat untuk membuat aduan dan mengetahui lebih lanjut tentang kaedah membuat aduan adalah amat memberangsangkan.
Kira-kira seramai 40 orang pengunjung telah mengunjungi kaunter program dan sebanyak sebelas (11) aduan telah diterima daripada orang awam. Sebanyak 6 khidmat nasihat turut diberikan kepada para pengunjung yang ingin mendapatkan perkhidmatan atau mengetahui lebih lanjut berkenaan peranan dan fungsi Biro Pengaduan Awam.  

No comments:

Post a Comment