Wednesday, September 25, 2013

Seminar Pengurusan Aduan BPA 2013

YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah merasmikan Seminar Pengurusan Aduan Biro Pengaduan Awam Tahun 2013 pada 24 September 2013 di Dewan Putra A1, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Kehadiran peserta ke seminar ini sangat menggalakan. BPA juga turut menyampaikan 20 sijil penghargaan kepada Kementerian dan Pejabat Setiausaha Kerajaan yang terpilih atas usaha mereka menyelesaikan aduan dan juga mencapai kepuasan pelanggan dalam menyampaikan perkhidmatan. Tahniah kepada Kementerian dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang telah menerima sijil.
 














No comments:

Post a Comment