Wednesday, September 25, 2013

KABB Membakut, Sabah

Biro Pengaduan Awam Negeri Sabah akan menganjurkan program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) seperti ketetapan berikut:

Tarikh  :  29 September 2013
Masa  :  8.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat  :  Dewan Serbaguna Membakut, Sabah

Program KABB merupakan satu program yang memberi peluang kepada orang ramai untuk mengemukakan aduan dan cadangan serta mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan dalam mencari penyelesaian masalah yang dihadapi semasa berurusan dengan agensi kerajaan.

Orang ramai dijemput hadir ke program ini. Sebarang pertanyaan boleh hubungi pejabat BPA Sabah di talian 088-280300.



Unit Komunikasi Korporat
Biro Pengaduan Awam



No comments:

Post a Comment