Wednesday, September 25, 2013

Program MESRA Rakyat dan KABB Daerah Dungun

BPA Negeri Kelantan/Terengganu akan mengadakan program MESRA Rakyat dan Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) di daerah Dungun seperti ketetapan berikut:

Tarikh  :  1 Oktober 2013 (Selasa)
Masa  :  8.00 pagi - 1.30 petang
Tempat  :  Dewan Dagang, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu


Program ini diadakan bertujuan untuk membantu orang awam menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa berurusan dengan agensi kerajaan. Orang awam boleh berinteraksi terus dengan Ketua Jabatan untuk menyampaikan masalah serta mendapat maklum balas segera. Justeru, program ini memberikan banyak manafaat kepada orang awam.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dijemput hadir ke program ini. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pejabat BPA Negeri Kelantan/Terengganu ditalian 09-6238135.

Sekian, terima kasih.

Unit Komunikasi Korporat
Biro Pengaduan Awam (Public Complaints Bureau)


No comments:

Post a Comment