Monday, April 23, 2012

Program Mesra Rakyat Bintulu, Sarawak

Para hadirin mendaftar di kaunter pendaftaran yang berada di luar Dewan Suarah Bintulu.
YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam (BPA) menyambut kedatangan YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan Setiausaha Kerjaaan Negeri Sarawak.

YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah memberikan ucapan alu-aluan di Program Mesra Rakyat Bintulu.


YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak telah memberikan ucapan perasmian dan turut merasmikan Program Mesra Rakyat Bintulu yang telah diadakan pada 21 April 2012 (Sabtu) di Dewan Suarah Bintulu.

YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah menyampaikan cenderamata kepada YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha.

YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah menyampaikan cenderamata kepada Tuan Haji Muhamad Yakup bin Kari, Residen Bahagian Bintulu.

Sesi penyampaian sijil penghargaan kepada ketua-ketua jabatan / agensi yang turut hadir ke program ini.

Sesi dialog Program Mesra Rakyat Bintulu telah dipengerusikan oleh YBhg. Datu Haji Misnu bin Haji Taha.

Orang awam mengemukakan aduan kepada jabatan /agensi yang berkaitan.

Maklum balas daripada Ketua-ketua Jabatan/Agensi yang berkenaan telah dijelaskan terus kepada pengadu semasa sesi dialog dijalankan.

No comments:

Post a Comment